10 Selebriti Alami Kesihatan Mental

10 Selebriti Yang Berkongsi Cabaran Kesihatan Mental Di Sebalik Populariti

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rahsia disebalik tabir, setiap langkah kecil adalah satu kemenangan terhadap kesihatan mental. Bukan sekadar selebriti, mereka juga manusia biasa.

Menjelang Hari Kesihatan Mental pada 10 Oktober, terdapat banyak selebriti yang berkongsi jujur tentang perjalanan kesihatan mental mereka. Mungkin pada sesetengah orang menganggap ini satu tajuk perbualan yang sensitif untuk dibicarakan kepada umum tetapi ia juga memberi peluang kepada yang melalui dan merasainya. Menyingkap sisi yang sering tidak dilihat oleh umum tentang kehidupan para bintang-bintang terkemuka. Walaupun selebriti mungkin kelihatan sempurna di mata orang ramai dengan kemasyhuran, kekayaan, dan kejayaan tetapi hakikatnya, selebriti juga menghadapi cabaran kesihatan mental seperti orang lain.

10 Selebriti Menghidap Anxiety Dan Depression.

Selena Gomez

selebriti

“Saya telah menyedari bahawa kebimbangan, serangan panik, dan kemurungan boleh menjadi kesan sampingan lupus, yang membawa cabaran tersendiri,” katanya kepada People. “Saya ingin lebih proaktif dan fokus pada menjaga kesihatan serta kebahagiaan saya, dan saya telah memutuskan bahawa cara terbaik adalah dengan mengambil sedikit masa untuk berehat […] Saya tahu saya tidak bersendirian dalam hal ini, dan saya berharap perkongsian saya dapat memberi dorongan kepada orang lain untuk menangani masalah mereka sendiri.”

See also
Selena Gomez Wajah Kempen Baru LV