Hailey Bieber Pilih Rambut Terang Pada Musim Luruh

‘Lighter For Fall’ Gaya Rambut Musim Luruh Hailey Bieber

Pada musim luruh ini, model Hailey Bieber memilih untuk tampil dengan warna rambut yang lebih terang seperti daun-daun kuning keemasan yang berguguran.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hailey memuat naik selfie dengan kapsyen ‘Lighter for fall’ berserta emoji wanita berambut perang dipotong rambut.

Hailey Bieber pilih ‘Lighter for fall’

Di dalam foto tersebut, isteri kepada penyanyi Justin Bieber ini menunjukkan gaya rambut baru berwarna ombré yang lebih cerah dengan potongan shoulder-length bob.

Hanya mengenakan sweatshirt kelabu dan loket rantai berbentuk huruf ‘B’, Hailey juga memakai kaca mata dan solekan yang minimal menonjolkan kecantikan semulajadinya.

Meskipun terkenal dengan kerap menukar gaya penampilannya, Hailey kekal dengan rambut gelap sepanjang tempoh kehamilannya. Pada bulan Ogos, dia selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Jack Blues Bieber.

Sekadar info, Hailey dan Justin Bieber mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mengumumkan berita kehamilan pada bulan Mei melalui foto dari majlis pembaharuan vow perkahwinan mereka. Dalam majlis berkenaan, Hailey menggayakan gaun renda daripada Saint Laurent dan memperlihatkan baby bump-nya.

See also
Koleksi Mekap Pertama Moschino Bersama Sephora Collection

Sebelum ini, pengasas produk kecantikan jenama Rhode ini telah mewarnakan rambutnya kepada warna coklat gelap pada awal tahun ini semasa hadir ke acara Super Bowl LVIII pada bulan Februari.

Artikel Berkaitan: Justin Bieber Terharu Bergelar Bapa, Beri Hadiah Istimewa Untuk Hailey Bieber