Gemerlapan Ikon Korea Di Paris Fashion Week - Glam Malaysia

Gemerlapan Ikon Korea Di Paris Fashion Week

Paris menjadi pentas utama, di mana fesyen bertemu bintang. Terokai gaya ikon Korea di barisan hadapan yang dipenuhi selebriti terkenal. 

Setelah pertunjukan fesyen di Copenhagen, New York City, London, dan Milan, kini perhatian tertumpu ke kota Paris. Tahun ini, Paris menjadi tumpuan dengan persediaan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024, yang telah diatur semula untuk menyambut crème de la crème dunia fesyen. Pertunjukan bermula pada 23 September dan akan berakhir pada 1 Oktober.

Tiga minggu kebelakangan ini penuh dengan kemeriahan di barisan hadapan pertunjukan fesyen, dengan penampilan selebriti yang tidak henti-henti, malah ada yang turut beraksi di pentas peragaan. Di New York, peminat drama Thai disajikan dengan kehadiran empat bintang popular Thailand sekaligus! Fourth, Gemini, Phuwin, dan Pond menghadiri pertunjukan Tommy Hilfiger yang berlangsung di sebuah feri lama di Staten Island. Turut kelihatan di pertunjukan itu ialah Jisoo dari BLACKPINK serta Felix dan Lee Know dari Stray Kids. Terlihat juga, Rosé dan Jisoo di Saint Laurent dan Christian Dir. Dahyun daripada TWICE pula membuat debut peragaannya di pertunjukan Michael Kors, tampil mempesona dengan busana neutral di pentas peragaan!

See also
Variasi Stail Selebriti Di Venice Film Festival 2017

Sorotan Selebriti Korea di Paris Fashion Week 2025

Rosé Blackpink di Saint Laurent Spring/Summer 2025, September 24

ikon korea

Jisoo Blackpink di Christian Dior RTW Spring/Summer 2025, September 24.

ikon korea

S.Coups Seventeen di Loewe Spring/Summer 2025, September 27

ikon korea

Johnny (NCT) di Acne Studios Womenswear Spring/Summer 2025, September 25

ikon korea

Hongjoong Ateez di Vivienne Westwood Spring/Summer 2025

Hongjoong Ateez di Balmain Womenswear Spring/Summer 2025

Wooyoung Ateez di Courrèges’ Womenswear Spring/Summer 2025

Apabila tumpuan fesyen beralih ke Paris, keterujaan berterusan dengan ramai lagi bintang Korea yang dijangka hadir. Acara ini dikatakan sebagai salah satu acara fesyen paling berprestij di dunia, dan koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 akan diperkenalkan kepada penonton global yang penuh semangat. Barisan selebriti korea yang akan hadar di pentas pertunjukkan fesyen minggu ini. 

September 30:

Balenciaga- Go Yoon-jung

October 1:

Chanel- BLACKPINK’s Jennie and NewJeans’ Minji

Miu Miu- IVE’s Wonyoung

Louis Vuitton- Stray Kids’ Felix, BLACKPINK’s Lisa, Jung Ho-Yeon, NewJeans’ Hyein and TWICE’s Nayeon

See also
GLAM FIRST: BOTTEGA VENETA SALON 03 DETROIT