5 Lokasi Percutian Kegemaran Arisa Soraya Dan Mengapa?
5 Lokasi Percutian Kegemaran Arisa Soraya Dan Mengapa?

5 Lokasi Percutian Kegemaran Arisa Soraya Dan Mengapa?

Sebagai seorang yang suka bercuti, Arisa Soraya mempunyai sebabnya yang tersendiri dalam memilih destinasi pilihannya untuk melancong.

Arisa Soraya dikenali di sosial media dengan minatnya terhadap percutian. Tidak kira di dalam mahupun di luar Asia, sejarah dan budaya menjadi salah satu aspek utama untuk wajah muka hadapan GLAM Next ini memilih lokasi percutiannya. GLAM akan berkongsi 5 lokasi percutian kegemaran Arissa Soraya ketika kami menemu bualnya. 

#1 Turkiye 

Lokasi percutian pilihan Arisa yang pertama ialah Turkiye. Sebagai seorang yang mencintai sejarah, Arisa rasa sangat dekat dengan negara bersejarah, Turkiye. Dua kota yang disebut oleh Arisa ialah Istanbul dan Bodrum. Baginya, Istanbul dipenuhi dengan tapak-tapak bersejarah dan sejarah yang kaya. Arisa yang menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sukakan sejarah menghargai aspek multikultural bandar tersebut. Kota Bodrum pula disukai olehnya atas kerana privasi, air laut mereka yang jernih dan suasana pantai disana. Persekitaran yang tenang dan eksklusif juga menjadi salah satu sebab Arisa memilih Bodrum sebagai lokasi percutiannya. 

#2 London, United Kingdom

Sebagai seorang yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di London, Arisa semestinya menganggap London sebagai rumah keduanya. Walaupun banyak perkara yang sedang berlaku di London sekarang, tidak boleh dinafikan bahawa perayaan Krismas di kota London adalah yang terbaik buat Arisa. Bagi Arisa, suasana di London ketika musim Krismas sangat ajaib. 

#3 Sepanyol

Lokasi percutian ketiga yang menjadi pilihan Arisa Soraya ialah Sepanyol. Baginya, Sepanyol ialah destinasi yang hebat atas dasar budaya mereka yang kaya dan makanan Sepanyol yang lazat. Arisa menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap rempah-ratus yang digunakan dalam masakan Sepanyol. Baginya, apa sahaja rempah yang ditambah pada makanan membuatkan makanan di Sepanyol sangat enak.

#4 Itali

Arisa pernah melawat kota Milan sebelum ini dan berimpian untuk melawat Rome suatu hari nanti. Salah satu sebab Itali menjadi lokasi percutian pilihan Arisa ialah penghormatan rakyat mereka terhadap masakan Itali. Salah satu informasi mengejutkan yang kami dapat dari Arisa tentang Itali ialah mengenai budaya kopi mereka. Di Itali, anda tidak dibenarkan untuk minum kopi selepas waktu tengah hari, hanya espresso. Jika anda memesan latte pada waktu petang, ia akan ditolak. Ini adalah tanda menunjukkan rasa hormat orang Itali terhadap budaya mereka.

#5 Bangkok, Thailand 

Lokasi percutian kegemaran Arisa yang terakhir ialah Bangkok. Bangkok yang kaya dengan makanan Thailand yang berkualiti dan lazat membuatkan Arisa lapar ketika temubual. Kata Arisa, di Bangkok juga terdapat banyak tawaran untuk membeli belah yang membuatkan dia rambang mata setiap kali berada di sana.  Cuaca Bangkok yang tidak jauh beza dengan Malaysia juga menjadikan Arisa tidak kekok untuk berseronok disana. 

Arisa Soraya yang merupakan wajah hadapan untuk isu kedua GLAM Next seringkali berkongsi di akaun Instagramnya tentang percutiannya yang menarik dan suasana yang indah. Setiap negara yang dikunjunginya mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Pautan Berkaitan: GLAM Next : Arisa Soraya, Bright Young Thing, Ekspresi Stail Dan Kecantikan Ikut Caranya