Gabungan Punk Dan Streetwear Mendapat Sambutan Hangat: Vivienne Westwood x PALACE - Glam Malaysia

Gabungan Punk Dan Streetwear Mendapat Sambutan Hangat: Vivienne Westwood x PALACE

Kolaborasi streetwear dan couture ini menggabungkan kod estetika, campuran budaya dan humor memainkan peranan besar di koleksi ini.

Nama legendary Vivienne Westwood tidak lekang pada bibir bualan pencinta fashion! Kini berkesempatan bekerjasama dengan jenama London based PALACE Skateboards yang terkenal dengan streetwearnya. Streetwear and rebellious couture? Can never go wrong. Kempen ini dirakam oleh Shoichi Aoki, pengasas majalah gaya jalanan Jepun, Fruits. Koleksi yang menawar pelbagai hoodie bersaiz besar, T-shirt grafik, jaket denim, bomber jacket gaya ikatan, dan korset satin (Ofc! It’s Vivienne Westwood staple piece). Pastinya, sorotan utama koleksi ini adalah set kot Gore-Tex, seluar trek, dan skirt cetakan ‘Salon’ Vivienne Westwood. Kembalikan semangat rebellion anda!

Vivienne Westwood x PALACE

palace

Courtesy of PALACE

Jenama skateshop British, PALACE ini buat pertama kalinya melangkah ke dalam fesyen wanita. Kolaborasi yang cukup mengagumkan buat golongan skateboarding dan streetwear! Terdapat juga tee cotton ribbed dan korset klasik Westwood dihasilkan semula dan dikemas kini dalam bentuk top satin hitam putih yang menampilkan cetakan anjing Lev Tanju co founder PALACE iaitu Stuart.

See also
Gemilang Karpet Merah British Fashion Awards 2018

palace

Showstopper koleksi ini? Beg beruang teddy bersaiz besar yang diilhamkan oleh aura Weswood ’90’s iconography’. Item lebih lagi adalah, beanie dengan perincian seperti tanduk kecil, beret tartan, dan topi trak. Selain itu, ada juga barang kemas, stoking bercetak, rantai leher orb, dan barangan kulit bertatahkan stud untuk melengkapkan penampilan Punk anda! Manakala, Andreas Kronthaler, kreatif direktor Vivienne Westwood juga adalah peminat setia jenama PALACE ini.

“From the first day I went to Palace years ago, I liked what they are doing. Their designs are made with quality, they are accessible and democratic. It felt natural for us to join forces, it was a very playful exercise and it was a pleasure working with the team and making new friends,” kata Kronthale

palace

Gareth Skewis, pengasas PALACE, berkata hasil kreatif Vivienne Westwood yang sentiasa berkembang telah lama menjadi inspirasi besar bagi beliau dan kini its a dream come true! “Palace is independent, Vivienne Westwood is independent, and we admire independence”

“We are immensely proud to have collaborated with such an iconic British brand. This collection is a true reflection of our shared values and influences, bringing together two distinct perspectives united by a common ground of independent thought, all with a uniquely London twist,” ujar Skewis.

streetwear

Shoichi Aoki, master di sebalik majalah trendy Jepun, Fruits, membawa kempen kolaborasi ini ke tempat-tempat paling bergaya di London. Dari arked di Soho hingga Chinatown, sebuah kedai vintaj di Camden, dan kedai cenderamata di Shaftesbury Avenue. Beliau membayangkan semula kumpulan rapper Semetary dan Matt OX, model Sibyl Buck, Ed Teller, dan Issa Lish, pemain skater Palace Lucien Clarke, dan DJ Josh Café yang seolah-olahnya mereka ikon gaya jalanan Tokyo.

See also
GLAM Persona: Dolla Make You Wanna

streetwear streetwear

streetwear

Kredit: Courtesy of PALACE & Vivienne Westwood

Kredit imej: Courtesy of PALACE x Vivienne Westwood via ONLINE

Koleksi Vivienne Westwood x PALACE online via PALACESKATEBOARDS.COM dan semua butik PALACE, Dover Street Market dan serata butik Vivienne Westwood pada 7 September 2024.