Bella Hadid Dilantik Sebagai Wajah Baharu Chopard - Glam Malaysia

Bella Hadid Dilantik Sebagai Wajah Baharu Chopard

Dengan sukacitanya, Chopard mengumumkan pelantikan Bella Hadid sebagai duta global terbarunya. Bella Hadid pilihan Gen Z, berani dalam tutur katanya, dan bijak menjadikan setiap penampilan harian sebagai detik viral.

Chopard memilih Bella Hadid sebagai dutanya menjadi momen bermakna bagi beliau. Ketukangan agung Chopard memikat hati Bella sejak pertama kali memakai rekaan Maison di Festival Filem Cannes 2021. Caroline Scheufele, Presiden Bersama dan Pengarah Artistik Chopard, menyatakan bahawa Bella mencerminkan semangat Chopard dengan gabungan keanggunan semula jadi dan semangat hidup yang luar biasa. Bella menyatakan rasa penghargaan dan keterujaannya menyertai keluarga Chopard.

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

“I have so much appreciation for Chopard’s craftsmanship and have been an admirer of theirs for many years. I am so thrilled to be joining the Chopard family,” ujar Bella.

Manakala, koleksi mewah Chopard yang di sarung Bella memancarkan keyakinan dan kecantikannya sambil memperagakan Haute Joaillerie, Happy Hearts, Happy Sport, Happy Diamonds, Ice Cube, dan Alpine Eagle. Ketukangan Chopard dalam perspektif baharu cukup kelihatan segar dan sungguh menyerlahkan daya tarikan Bella Hadid. Jenama berwarisan lebih dari 160 tahun, dedikasi Chopard terhadap ketukangan, pendekatan perintis dalam kelestarian, penghargaan, serta komitmennya dalam menyebarkan nilai-nilai positif dan Joie de Vivre telah memberikan Maison kedudukan yang unik dalam dunia kemewahan.

See also
Patek Philippe Menambat Hati & Naluri Wanita Dengan Ladies Chronograph Ref. 7150/250R-001

Perfect Match! Bella Hadid Ikon Elegan Chopard

Sebagai ikon kecantikan dan usahawan moden, Bella Hadid memulakan kerjayanya dalam industri fesyen pada usia 16 tahun. Beliau telah menghiasi muka depan 30 edisi Vogue dan diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia oleh Time pada tahun 2023. Selain itu, beliau dianugerahkan ‘Model of the Year’ di British Fashion Awards 2022. Bella juga telah berjaya sebagai usahawan dengan syarikat minuman non-alcoholic alternatif Kin Euphorics dan jenama wangiannya Orebella.

Chopard

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Kredit: Courtesy of Chopard by Alasdair McLellan

Artikel Berkaitan: 25 Inspirasi Gaya Rambut Bella Hadid