Naomi Osaka Membawa Fesyen Lolita di Gelanggang Tennis U.S. Open
Naomi Osaka memilih untuk mempersembahkan dirinya melalui gaya di US Open 2024 dengan matching Nike set tenis yang bold, bright, sporty dan chic.
Naomi Osaka bukan sekadar bintang tenis, dia juga ikon fesyen yang sedang meningkat naik. Dan penampilannya yang terkini di U.S. Open membuktikan semuanya ‘It’s never wrong to be fashionable!’. Outift dari Nike terhasil dari pereka Ambush, Yoon Ahn berkata dengan hasil outfit Osaka berfesyen Lolita (dalam konteks subbudaya Jepun) menawarkan satu escape dari alam dewasa yang mengembalikan kepada keindahan dan kesucian zaman kanak-kanak. Ia adalah pintu ke dunia fantasi yang boleh membentuk identiti ideal yang mungkin tidak sesuai dengan norma harian, tetapi terasa sempurna dalam ruang imaginasi.
Gaya Japanese Loligoth Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki! Bows and Pearls
Terutamanya, pemenang empat kali Grand Slam itu memasuki Stadium Louis Armstrong, contohnya dengan memakai jaket putih, lengkap dengan reben hijau besar di bahagian belakang, dipadankan dengan skirt tenis berwarna hijau yang sama yang digayakan di atas tutu putih. Sebelum sesi pemanasan, Osaka menanggalkan tutu tersebut untuk mendedahkan bahagian bawah gaun tenis hijaunya yang menampilkan skirt beropol.
“Because I had the tutu and then I had the bow jacket and it was green, I feel like everyone was staring at me funny,” “And then I put the headphones on, that was a real killer. I was, like, you know what, embrace this maximalist style…” kata Osaka.
Lantas, pereka Jepun Yoon Ahn, pengarah kreatif Ambush dan kurator global untuk Nike Women, pakaian khas ini adalah sebahagian daripada kolaborasi yang telah dirancang selama bertahun-tahun, menurut Osaka. Akan ada pakaian all black untuk perlawanan malam, yang telah diperkenalkan di media sosial sebelum kejohanannya.
Yoon Ahn. Pengarah kreatif Ambush dan pengarah reka bentuk barang kemas Dior Men’s.
Bowing to the Queen of Fashion, @naomiosaka 🎀 pic.twitter.com/7ngPZLOFdE
— US Open Tennis (@usopen) August 27, 2024