Selebriti Wanita Trendy Menggayakan Kasut Mary Jane
Selebriti Wanita Trendy Menggayakan Kasut Mary Jane

Selebriti Wanita Trendy Menggayakan Kasut Mary Jane

Kasut Mary Jane memberi aura feminin dan preppy kepada pemakai mereka membuatkan kasut ini fesyen item yang praktikal.

Gabungan praktikal dan comel menjadikan kasut Mary Jane menjadi tular dalam kalangan wanita. Tanpa mengira umur, kasut ini sesuai digayakan oleh semua orang yang inginkan gaya yang lebih feminin. Kisah Mary Jane asalnya  adalah seorang watak perempuan muda yang dicipta oleh kartunis Amerika Richard Felton Outcault pada tahun 1902 untuk komik Buster Brown. Watak ini diilhamkan daripada anak perempuan Outcault yang mempunyai nama yang sama dan mengenakan kasut hitam kecil dengan tali di atas tapak kaki. Nama Mary Jane kekal setelah Outcault memberi lesen kepada syarikat kasut Brown Shoe Company untuk menggunakannya dan kasut tersebut dianggap sebagai satu gaya yang manis sejak itu.

Selebriti Wanita Yang Menggayakan Kasut Trendy Mary Jane

Jenama seperti Sandy Liang, Charles and Keith, Steve Madden, Dr Martens dan Ralph Lauren mengeluarkan rekaan-rekaan kasut Mary Jane yang disukai ramai. Kasut yang comel ini juga terkenal dalam kalangan selebriti wanita. Fesyen-fesyen ikon seperti Jennie Kim dan Olivia Rodrigo seringkali dilihat menggayakan kasut ini dalam kehidupan harian mereka. Gaya preppy dan comel menjadikan kasut ini satu item fesyen yang boleh digayakan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. 

See also
Antisipasi FENDACE

#1 Olivia Rodrigo

Kasut Mary Jane

Gambar dari: Neil Mockford

Digayakan dengan gaya grunge balletcore, Olivia Rodrigo yang merupakan peminat fesyen ini juga pernah menggayakan kasut Mary Jane. Kasut berona hitam dan berkilat yang digayakan oleh Olivia itu dari jenama Madewell.

#2 Wonyoung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 장원영 WONYOUNG (@for_everyoung10)

Duta jenama Miu Miu, Jang Wonyoung pernah kelihatan menggayakan kasut dari jenama itu ketika melawat butik tersebut. Wonyoung menggayakan kasutnya drngan sepasang stokin berparas betis untuk memberi lebih efek kewanitaan.

#3 Gigi Hadid

Kasut Mary Jane

Gambar dari: MediaPunch

Model terkenal Gigi Hadid ini pernah kelihatan memakai serba putih dan dilengkapi dengan Aeyde Off-White Uma Ballerina Flats. 

#4 Jennie Kim

 

View this post on Instagram

 

A post shared by J (@jennierubyjane)

Jennie Kim dari Blackpink yang juga peminat setia jenama Sandy Liang menggayakan kasut flat signature mereka dengan gaya yang sangat preppy. 

#5 Dua Lipa

Kasut Mary Jane

Gambar dari: Robert Kamau

Dua Lipa dilihat menggayakan kasut Mary Jane dari kolaborasi antara Nodaleto dan Heaven by Marc Jacobs di kota New York.

See also
Irina Shayk Dan Gigi Hadid Terajui Kempen Terbaru Burberry Autumn/Winter 2019