Sejarah Terbesar Streetwear 'World's Collide' Nigo x Nike - Glam Malaysia

Sejarah Terbesar Streetwear ‘World’s Collide’ Nigo x Nike

NIGO, pencipta Bathing Ape dan Human Made dikhabarkan telah membangunkan kolaborasi secara rahsia bersama Nike sejak April 2023 tahun lepas.

Dari perjalanan NIGO di Human Made yang sangat berbeza ke zaman BAPEnya yang dahalu, menandakan peralihan daripada gaya yang secara terang-terangan berfokuskan streetwear kepada pendekatan yang lebih halus dan berinspirasikan warisan tradisi. Beliau juga adalah pengarah kreatif di Kenzo. Kini Human Made telah menjadi penanda aras mutlak dalam dunia streetwear. Kolaborasi unggul yang dinantikan buat sneakerheads, NIGO’s first-ever Nike shoe will be history!

If you know Nigo, You know..

Kredit: 𝐍𝐈𝐆𝐎® @nigo via Instagram

Pastinya ramai jatuh cinta pandang pertama pada Nike Air Force 3 yang pelbagai warna menonjolkan inspirasi retro dengan jelas dalam barisan Swoosh’s 2024. Menurut pada warna dominan putih di rekaan awal merujuk kepada bola keranjang tahun 1980-an dan palet tahun 2000-an. Dari pendedahan pembungkusannya yang terbaru menambah dimensi kepada jalan cerita yang sedang berkembang bagi kapsul ini. Penampilkan retakan diisi dengan emas, merujuk asas kepada seni kintsugi, Jepun yang menjadi ciri utama.

See also
Ahli Sukan Muslim Mempertahankan Produk Nike Pro Hijab

Koleksi ini menarik inspirasi dari pelbagai sumber, termasuk “filem, muzik, dan tradisi kraf,” dipaparkan dalam elemen dan aksesori yang berbeza. Jenis huruf Nike pada kotak dan penjenamaan yang berlapis emas mengingatkan kepada sinema aksi tahun 80-an. Dengan rujukan lebih spesifik, dijangka muncul sewaktu kempen promosi diteruskan. Kerjasama kolaborasi ini mungkin lebih mewah daripada ekspetasi semua. Nigo Nike kasut Air Force 3 dijangka akan dilancarkan pada Musim luruh 2024.

 

Kredit: @horhead_sales

Kredit: @horhead_sales

Dua warna telah tular di internet setakat ini; warna putih pelbagai warna, mirip desain klasik dan colorway BAPE, dan sepasang yang menonjolkan “Blue Void”. Kedua-dua kasut ini menggunakan bahan kulit berkilat serta warna primer dan perincian co-branded, termasuk logo “Nigo Force” krom pada kasut kiri. Koleksi Nigo Nike ini bakal menjadi pilihan yang sangat selesa dengan kedengaran t-shirt grafik dan kasut Air Force 3 Low serta jaket varsity dan baju crewneck. Lantas, dikhabarkan akan dijual pada harga sekitar $60 hingga $500.

See also
GLAM 101: Yves Saint Laurent