Ini 5 Pemerah Pipi Terbaru Yang Anda Perlu Miliki
Masih lagi mencari pemerah pipi yang sesuai dan kekal sepanjang hari? Very demure, very mindful, very cutesy, GLAM berkongsi lima pemerah pipi yang mampu menaikkan seri wajah anda.
Pemerah pipi merupakan antara produk kecantikan yang paling hangat dan menjadi tumpuan pada musim panas ini. Kemunculan pelbagai variasi pemerah pipi daripada pelbagai jenama yang terkenal sudah semestinya memberi para pengguna pilihan yang lebih luas. Apa yang lebih penting, pemilihan produk bukan sahaja perlu sesuai dengan tona kulit, tetapi juga perlu memenuhi keperluan khusus dari segi bahan dan tekstur yang diinginkan.
Berikut Ialah 5 Pemerah Pipi Terbaru Yang Anda Perlu Cuba
1. Hourglass Unreal Liquid Blush
Hourglass melancarkan pemerah pipi baharu, Unreal Liquid Blush. Ia datang dalam botol kecil dengan penitis di bahagian atas. Untuk menggunakannya, terdapat butang lembut di bahagian bawah yang perlu ditekan untuk mengeluarkan satu titisan produk.
Bagi menggunakan produk ini, anda dicadangkan untuk meletakkan beberapa titisan pada belakang tangan, kemudian diambil dengan berus dan diaplikasikan menggunakan kaedah stippling. Produk ini sangat berpigmen tetapi ianya masih mempunyai kelikatan yang diinginkan. Hasilnya, produk ini mudah untuk dilayangkan pada wajah dan dibina lapisannya.
2. Anastasia Beverly Hills Blurring Serum Blush
Terdapat pelbagai krim pemerah pipi baru di pasaran. Bagaimanapun, keluaran terbaru ABH ini lebih menyegarkan. Selain daripada aplikatornya yang menarik dan kelihatan seperti alat daripada med spa, ia juga mempunyai formula serum inovatif yang menambah warna kemerahan dan mengaburkan kulit untuk kemasan yang sempurna.
3. HUDA Beauty Blush Filter Soft Glow Liquid Blush
Dapatkan warna pipi yang sempurna dengan Beauty Blush Filter Soft Glow Liquid Blush daripada HUDA Beauty. Ia dapat memberikan kesan lembut, warna yang boleh dibina, dengan kemasan berkilat halus yang menjadikan kulit kelihatan berseri dan sihat. Tekstur cecair ini memberikan masa yang cukup untuk pengadunan sebelum disatukan dengan sempurna pada kulit.
4. Rhode Skin Pocket Blush
Pemerah pipi krim daripada jenama kecantikan Rhode ini bukan sahaja untuk kegunaan di pipi dan malah ia juga boleh digunakan di bibir. Apa yang kami suka tentang produk ini, ia meresap dengan lancar dan kekal sepanjang hari. Ia juga menggunakan formula ringan yang melembapkan kulit di bahagian pipi dan meninggalkan kemasan bercahaya tanpa rasa berminyak.
5. Kosas Blush is Life
Ketika kami hadir ke acara House of Sephora untuk mencuba beberapa produk kecantikan yang terkini untuk himpunan musim luruh, pemerah pipi daripada Kosas ini merupakan salah satu pilihan kami. We love this formula! Ia bersih dan halus seperti sutera ini dibakar dengan squalane + asid hyaluronik dalam duo warna dimensi untuk pancaran warna yang sihat.
Artikel berkaitan: Pemerah Pipi Ikonik NARS Pilihan GLAM