Penampilan Blake Lively Di Tayangan Perdana It Ends With Us Mencetuskan Gaya Simbolik - Glam Malaysia

Penampilan Blake Lively Di Tayangan Perdana It Ends With Us Mencetuskan Gaya Simbolik

Filem It Ends With Us lakonan Blake Lively mencetuskan fenomena dengan persembahan lakonan yang mantap dan fesyen yang ikonik. Terokai bagaimana Blake Lively mencuri tumpuan sepanjang promosi tayangan perdana filem ini.

Blake Lively, yang memainkan watak Lily Bloom dalam adaptasi baharu Colleen Hoover, It Ends With Us, telah tampil dalam pelbagai gaun dan pakaian bercorak bunga sebagai sebahagian daripada pendekatan “method dressing” aktres ini. Oh ya, watak yang dilakonkannya adalah seorang wanita yang sentiasa mengimpikan untuk memiliki sebuah kedai bunga.

Blake Lively sering dikritik kerana pilihan busananya. Dia terkenal kerana tidak bekerja dengan  penata gaya dan lebih selesa memilih busana sendiri untuk majlis berprestij.

It Ends with Us oleh Colleen Hoover adalah sebuah novel yang mengikuti kisah Lily Bloom, seorang wanita muda yang berjuang untuk membina kehidupan baharu selepas menghadapi cabaran masa lalu yang sukar.

Lily bertemu dan jatuh cinta dengan Ryle Kincaid, seorang pakar bedah yang tampan tetapi mempunyai sifat yang tidak dapat diduga. Ketika mereka hangat dilamun cinta, Lily mula berdepan dengan kebenaran yang menyakitkan tentang Ryle dan dirinya sendiri, termasuk perasaan yang muncul semula terhadap cinta pertamanya, Atlas Corrigan.

See also
Terowong Bunga Wisteria Di Jepun Memukau Pengunjung

Filem It Ends with Us, lakonan Blake Lively bakal ditayangkan di Malaysia pada 29 Ogos ini.

Glam menerokai penampilan isteri Ryan Reynolds, Blake Lively sewaktu tayangan perdana It Ends With Us.

 

Blake Lively attends the "It Ends With Us" UK Gala Screening at Odeon Luxe Leicester Square on August 08, 2024 in London, England.

Kredit: Jeff Spicer/Getty Images

Blake memakai gaun tanpa tali yang berkilauan dari Tamara Ralph dengan corak bunga di bahagian dada dan bawah skirt. Dia memadankannya bersama cape merah dengan motif fur.

 

Blake Lively attends the "It Ends With Us" New York Premiere at AMC Lincoln Square Theater on August 06, 2024 in New York City.

Kredit: Cindy Ord/Getty Images

Blake memakai gaun georgette Versace yang memukau kerana ia adalah gaun yang sama yang digayakan Britney Spears pada 2002.

 

Blake Lively walks in front of a floral wall in a floral and polka-dot outfit.

Kredit: Robert Kamau/Getty Images

Memilih desain Christopher John Rogers yang menampilkan bahagian top motif polkadot dipadan bersama seluar kargo motif flora bersama jaket.

 

Blake Lively stands in a pink dress and jacket in front of a sign that says "Blooms."

Kredit: Gotham/Getty Images

Meggayakan  gaun mini Doris Dauphinette untuk menghadiri majlis pop-up Betty Blooms sebagai penghormatan kepada “It Ends With Us.” Gaun merah jambu menampilkan hiasan berkilauan pada korset, yang diselaraskan dengan sulaman bunga pada kot Péro.Blake Lively memilih sepatu  Malone Souliers untuk melengkapkan gayanya.

See also
GLAM Deko Destinasi - Gaya Scandinavian

 

Blake Lively is seen out in New York City.

Kredit: Getty Images

Tampil rugged dengan denim motif floral ketika menghadiri New York Press untuk mempromosikan filem It Ends With Us, Blake memilih Chanel  yang terdiri daripada shirt-T dan seluar jeans serta beg silang.

Baca Lanjut:Kolaborasi LISA dan Rosalia Dalam Single Terbaru ‘New Woman’