RECAP: 10 PENAMPILAN SELEBRITI DI KLFW!

RECAP: 10 Penampilan Selebriti Di KLFW 2024!

Debaran Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) acara tahunan yang dinantikan sudah pun berakhir! KLFW berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024 yang telah diadakan di kota Taman KLCC.  

Pereka terkemuka Alia Bastamam, Behati, Farah Khan, Fiziwoo, Kit Woo, Nurita Harith, Rizman Ruzaini dan Syomirizwa Gupta antara yang mempersembahkan koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week 2024. Menjelang penutupan musim Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang ke-12 ini telah menawar acara tahunan yang menakjubkan oleh bakat-bakat pereka tempatan dengan karya unggul yang kreatif dan futuristic bagi para peminat fesyen.

Kehadiran para tetamu istimewa memberi sokongan terhadap pereka yang digemari mewujudkan momen ikonik yang tidak dapat dilupakan sepanjang Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Dengan itu, GLAM akan berkongsi 10 penampilan selebriti dan pempengaruh digital yang tampil hadir menggayakan busana glamourous di KLFW tahun ini!

Jom imbas kembali Recap: 10 Penampilan Selebriti di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2024)

See also
Nur Fazura Membawa Gemerlapan Clash De Cartier

1. Amelia Henderson

KLFW

Amelia Henderson tampak mempersona memakai dress dari karya pereka fesyen tempatan, Nurita Harith. Tambahan pula, dress satin berkod rona cokolat muted ini kelihatan gorgeous dan menggoda menghasilkan stail yang chic buat Amelia!

2. Eyka Farhana

Satin cocktail dress berona krim rekaan dari Alia Bastamam yang digayakan oleh Eyka Farhana memberi penampilan yang anggun! Alia Bastamam memang handal dalam pemilihan fabrikasi dan siluet yang feminin bila dipakai untuk acara istimewa. Fabrik satin dan rona lembut membuat Eyka Farhana lebih jelita di acara KLFW tahun ini.

3. Izara Aishah

Busana rona ombre biru metalik yang digayakan oleh Izara Aishah ini tampak modest dan manis dipandang. Meskipun berhijab, Izara tampil dengan gaya yang selesa dan elegan memakai salah satu piece daripada Alia Bastamam.

4. Ummi Nazeera

Keunikan hasil BEHATI dalam koleksi terbaharu di pertunjukkan feysen di KLFW kelmarin telah menambat hati Ummi Nazeera, yang menyarung kaftan oversize dihiaskan bersama shawl putih. Kaftan BEHATI rona kehijauan yang bercorakkan sawah padi itu kelihatan berani dan bergaya sambil menjinjit Straw Bag yang sesuai dengan vibe outfit ini.

See also
Hanni Daripada NewJeans Membintangi Kempen Gucci Horsebit 1955

5. Scha Alyahya

KLFW

Outfit all black yang memesona dibawa Scha Alyahya tetap mengekspresikan nuansa feminim dan klasik! Pilihan tas tangan hitam Miss Dior dari Christian Dior menyempurnakan simple look ini.

6. Anna Jobling

Busana bercorak checkered print rona biru denim dan skirt pleated corak abstrak dari koleksi terbaharu Fiziwoo. Dengan itu, penampilan Anna Jobling di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW) tampak sangat stylish dan chic!

7. Ain Edruce

KLFW

Top rona cobalt blue yang menonjol dari Alia Bastamam pilihan Ain Edruce di KLFW harus menjadi keperluan wardrobe wanita pencinta fesyen. Dengan itu, top yang dipakai bersama but tinggi putih melengkapkan outift yang jelas mencerminkan identiti Ain Edruce yang fierce dan confident dari hujung rambut ke hujung kaki!

8. Ayra Messi

KLFW

Ayra Messi (kiri) bersama Amelia Henderson (kanan) saling memberi look yang anggun dengan solekan dan gaya rambut yang tampak elegan. Begitu juga desain dress rona krim dari Alia Bastamam yang disarung Ayra di KLFW memberi pandangan yang sangat berseri sambil membawa tas Lady Dior daripada Christian Dior.

See also
Hari Kedua Festival Filem Cannes 2015

9. Tyra Kamaruzzaman

Pempengaruh digital jelita Tyra Kamaruzzaman (kiri) yang berjaya dalam bidang kecantikan jenama baharunya TK tampak stylish memakai blazer hasil karya suami tercinta, Emri Vision. Tyra turut memberi sokongan bagi pertunjukkan fesyen koleksi unggul terbaharu Abu Shaef Hamzah di KLFW.

10. Dato’ Seri Vida

KLFW

BEHATI mengakhiri acara pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 dengan mengenakan koleksi pakaian yang membawa mesej yang jelas buat jenama tempatan ini. Dato’ Seri Vida terlihat berani dan tidak kekok dalam gaun berona hijau, hitam, dan putih yang dipadankan bersama tali leher merah panjang sambil membawa tas tangan bling-bling jenama Valentino.

Gambar dari: Instagram