5 Atlet Wanita Malaysia Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali
9 Atlet Wanita Malaysia Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali

9 Atlet Wanita Malaysia Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali

Barisan wanita hebat berjaya melayakkan diri mereka ke Olimpik Paris 2024 mewakili Malaysia dalam sukan masing-masing. 

Musim Olimpik Paris 2024 telah bermula sejak 26 Julai 2024. Beberapa perlawanan telah bermula dan sokongan hangat oleh rakyat Malaysia untuk atlet-atlet negara juga diberikan. Sempena Olimpik Paris 2024, GLAM akan berkongsi 5 atlet wanita Malaysia di Olimpik 2024 yang patut anda kenali.

#1 Goh Jin Wei 

Anak kelahiran Pulau Pinang, Goh Jin Wei, mula berjinak-jinak dengan badminton sejak berumur 6 tahun sebagai hobi. Dia selepas itu dilatih oleh Teh Peng Huat yang juga merupakan bekas jurulatih kepada Lee Chong Wei. Air mata bekas juara remaja dunia itu jatuh apabila tewas di tangan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun dalam aksi terakhir Kumpulan H pada Olimpik Paris 2024. Jin Wei tewas dalam perlawanan tiga set 21-17, 20-22, 21-23 dalam masa 65 minit.

#2 Nur Dhabitah Sabri  

Dengan rupa manisnya, Dhabitah Sabri yang lahir pada tahun 1999 merupakan penyelam termuda Malaysia yang memenangi pertandingan antarabangsa senior pada tahun 2012. Ketika Sukan SEA 2013, Dhabitah memenangi pingat emas dalam platform serentak 10m bersama Leong Mun Yee. Dhabitah yang sedang meningkatkan prestasinya akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu di Pusat Akuatik Paris pada 7 Ogos 2024. 

#3 Toh Ee Wei

Atlet badminton berumur 24 tahun ini merupakan pemenang pingat perak acara beregu wanita pada Kejohanan Remaja Asia dan Dunia 2018. Toh Ee Wei juga pernah memenangi pingat gangsa Remaja Dunia 2016 dalam acara beregu campuran bersama Chen Tang Jie. Mereka berdua juga digabungkan untuk Olimpik 2024 dan tewas menentang pasukan dari Korea Selatan, Kim Won Ho dan Jeong Na Eun dengan keputusan 19-21, 14-21.

#4 Pearly Tan 

Pearly Tan yang berumur 24 tahun ini menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013. Dia merupakan pemenang pingat perak beregu wanita di Kejohanan Junior Asia dan Dunia 2018. Pearly Tan dan pasangan beregunya, Thinaah Muralitharan berjaya mengharumkan nama negara dengan kelayakan ke suku akhir ketika Olimpik Paris 2024 . Mereka yang sebelum ini tewas kepada juara dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan. Mereka selepas itu berjaya mengalahkan juara dunia dua kali dari Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara.

#5 Thinaah Muralitharan

Thinaah Muralitharan ialah pemain badminto negara yang menyertai pasukan negara pada tahun 2013. Dia merupakan seorang pemegang pingat emas dalam acara beregu wanita dan campuran di Acara Sukan Komanwel pada tahun 2022. Dia juga merupakan bekas pemain badminton negeri Selangor. Thinaah dan pasangan beregunya, Pearly Tan berjaya mengalahkan pasukan dari Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara di Olimpik Paris 2024.

#6 Nur Shazrin 

Nur Shazrin merupakan seorang pelayar kompetitif Malaysia yang pernah memenangi pingat emas dalam Sukan Asia 2022 bagi acara ILCA 6 wanita. Pingat itu merupakan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam acara itu. Shazrin merupakan salah seorang atlet yang diberi pengiktirafan sebagai pembawa bendera ketika upacara perasmian temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Shazrin akan mulakan perlawanannya pada 1 Ogos 2024 pada pukul 6 petang.

#7 Nurul Azreena

Nurul Azreena yang bertanding dalam acara individu Wanita Recurve Pusingan Penyingkiran 1/32 tumpas 6-0 kepada Elif Berra Gokkir dari Turki. Atlet berusia 20 tahun itu menghadapi perlawanan sengit dengan Elif Berra namun terdapat sedikit kesilapan menyebabkan panahannya tersasar. Nurul Azreena mula memanah pada tahun 2015 ketika dia berumur 11 tahun.

#8 Ariana Nur Dania

Atlet muda berusia 19 tahun ini merupakan satu-satunya pemanah dari Malaysia yang layak ke Paris dalam acara individu secara merit. Ariana juga merupakan atlet termuda dalam kontijen negara tahun ini. Pemanah muda itu mampu mengumpukan 633 mata dan menduduki tangga ke-50 daripada 60 peserta.

#9 Syaqiera Mashayikh

Syaqiera Mashayikh ialah anak kelahiran Johor dan merupakan atlet memanah Malaysia. Dia mulal menyertai Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 2020 dan juga pernah bertanding dalam Piala Dunia Memanah pada tahun 2021. Berjaya mewakili Malaysia dalam acara busur melentik, Syaqiera tewas ketika penentuan shoot off dalam pusing kedua acara individu wanita Sukan Olimpik Paris 2024.