Giorgio Armani Menyambut Kelahiran Yang Ke-90 Tahun! - Glam Malaysia

Giorgio Armani Menyambut Kelahiran Yang Ke-90 Tahun!

Giorgio Armani, seorang pereka fesyen berasal dari Itali yang terkenal dengan keunggulan empayar fesyennya. Kini, beliau menjejaki usia yang ke-90 tahun pada hari ini! 

Sejak penubuhan jenama pada tahun 1975, Giorgio Armani telah mempelopori dunia fesyen yang kini menjadi salah satu label pakaian seiring dengan jenama mewah lain. Anggun, sofistikated dan tidak lapuk dek zaman menjadi DNA yang kuat buat koleksi-koleksi pakaiannya. Armani bukan sahaja pereka fesyen yang terkemuka, malah merupakan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Armani. Di mana, jenama Giorgio Armani, Emporio Armani dan A|X Armani Exchange adalah dibawah naungannya. Nyata, beliau seorang yang sangat hebat dalam dunia perniagaan fesyen.

Legendari Giorgio Armani

Perjalanan permulaan kejayaan Giorgio Armani bermula di Piacenza, Itali. Di mana, beliau menceburi bidang perubatan di Universiti Milan kerana berhasrat untuk menjadi doktor selepas melihat kesan Perang Dunia II. Namun, menghentikan pengajiannya selepas tiga tahun untuk berkhidmat menjadi seorang tentera. Pengalaman sebagai tentera di hospital Verona membawanya kepada perubahan kerjaya dalam bidang fesyen pula. Armani kemudian bertukar kerjaya dan mendapat peranan penting di gedung serbaneka “La Rinascente” di Milan. Terserlah dalam bidang pemasaran, Giorgio Armani menjadi jurujual di bahagian pakaian lelaki.

See also
5 Sneaker Terbaik Untuk Tahun 2024

Dikenali dengan sikap yang pendiam namun berkemahiran sebagai pemerhati yang tajam, Armani bukan sahaja menggenggam nama di dalam dunia fesyen, tetapi juga memperluas sehingga ke sektor gaya hidup seperti perabot rumah dan kapal layar. Sebagai peneraju dalam fesyen, beliau mentakrifkan pakaian wanita dengan suntikan elemen maskulin, lalu menjadi pereka pertama yang mencipta sut wanita ikonik. Mula memperkenalkan jenamanya pada tahun 1975, Armani telah dikagumi atas rekaan sut lelaki dan wanitanya yang elegan. Sut Dekonstruksi yang inovatif dan kontemporari, memperoleh pujian yang meluas ketika era tersebut. Pada tahun 1980-an, sut Armani menjadi simbol kewibawaan yang turut mengukuhkan impaknya terhadap trend fesyen secara global.

Keunggulan Empayar Giorgio Armani

Setelah melalui pelbagai ragam perjalanan dalam kerjaya, kini empayar Giorgio Armani telah mengibarkan sayapnya dengan lebih meluas. Proses reka bentuk fesyen Armani telah berkembang daripada lakaran awal pada latar belakang hitam serta terus kepada fabrik. Lantas, membawa kepada imejan dan kreativiti yang lebih halus. Walaupun pengembangan jenamanya meluas ke dalam pelbagai kategori gaya hidup seperti kecantikan, cermin mata dan perabot, lakaran itu tetap menjadi pusat untuk memulakan visi kreatifnya. Ia menjadi fungsi sebagai alat asas dan elemen penting buat konsep reka bentuk Armani.

See also
Sembang Fesyen: Sean & Sheila

Ketika Armani bersedia untuk merasmikan Armani/Silos, sebuah muzium yang didedikasikan untuk kerjayanya. Lakaran peribadinya terus mencorak langkah, memainkan peranan yang penting. Ia melambangkan titik permulaan buat semua ciptaannya. Daripada reka bentuk fesyen awalnya, kepada skop pengembangan jenamanya yang lebih luas. Lakaran itu kekal sebagai elemen yang tetap dalam falsafah reka bentuk Armani. Lantas menangkap dan menyampaikan visi kreatifnya dengan jelas dan berterusan.

Artikel Berkaitan: Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024