Selamat Hari Bapa, Ini Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah!
hadiah untuk ayah

Selamat Hari Bapa, Ini Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah!

Lupakan tentang hadiah biasa anda berikan kepada ayah seperti cawan kopi atau tali leher, ayuh ikut GLAM kongsi idea menarik hadiah untuk ayah anda.

Figura seorang ‘ayah’ itu sebenarnya amat berat tanggungjawabnya. Dia adalah ibarat nakhoda yang mengemudi kapalnya. Dirinya didedikasikan kepada keluarga dan harus menjadi satu contoh yang baik sebagai ketua dalam membimbing isteri juga anak-anaknya. Tidak kira menjadi ikon keluarga daripada segi akidah, akhlak atau juga pencapaian di dunianya, anak-anak sesungguhnya akan memandang tinggi ibu dan ayahnya. Hari Bapa mungkin disambut setahun sekali, tetapi sebagai umat Islam, haruslah kita menghargai mereka setiap hari. GLAM turut ingin berkongsikan hadiah untuk ayah yang menarik sebagai idea untuk anda menghargai insan tersayang ini.

Ini 3 Idea Menarik Dijadikan Hadiah Untuk Ayah

#1 Bacha Coffee

hadiah untuk ayah

Buat sang ayah, kopi dan mereka sememangnya tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi, ayah yang sibuk bekerja seharian serta memerlukan kopi di sebelah pagi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pilihan kami, sudah tentu kopi premium daripada Bacha. Memiliki rangkaian kopi yang pelbagai untuk anda dan sang ayah memilih. Jika tidak pasti apakah pilihan yang sesuai, anda boleh dapatkan konsultasi di butik Bacha mereka yang bertempat di TRX juga Suria KLCC.

See also
7 Jenama Dalam Gaya Ikonik Fesyen CL 2NE1

#2 Chanel Le Lift Flash Eye Revitalizer

Hadiah untuk ayah

Semakin hari, usia semakin menua. Bukan sekadar kesihatan dalaman, kesihatan kulit wajah juga harus dijaga. Tidak kira lelaki atau perempuan, ibu ataupun ayah, pasti semua menginginkan kulit wajah yang bersinar dan tampak muda. Jadi, apa kata mulakan dengan penjagaan kulit di bahagian lingkaran mata. Pilihan GLAM sudah tentu daripada Chanel iaitu produk Le Lift Flash Eye Revitalizer. Ia sebuah serum antipenuaan yang membantu mengembalikan anjal kulit sihat selain mengurangkan sembap dan lingkaran gelap.

#3 Hadiah Untuk Ayah: Rimowa Essential Cabin

 

Buat sang ayah yang gemar mengembara, beg kembara adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan hadiah. Pilihan kami adalah bagasi mewah daripada Rimowa ini. Tampil dengan rona yang cukup menarik, Essential Cabin rona Papaya ini adalah sebuah bagasi yang cukup stailish dan utuh. Memiliki beberapa fungsi yang cukup hebat seperti kunci yang diluluskan TSA, yang mana ia boleh dibuka oleh pihak keselamatan semasa pemeriksaan bagasi di lapangan terbang tanpa menyebabkan sebarang kerosakan. Selain itu, bahagian dalam beg ini mempunyai ruang berzip sepenuhnya dengan poket berzip besar yang diperbuat daripada jaring untuk penyimpanan tambahan serta Flex Divider yang boleh dilaras ketinggiannya (sistem pemampatan yang dipatenkan oleh RIMOWA) untuk memastikan barang-barang tetap teratur semasa pengangkutan.

See also
All Aboard The Chanel Express!