7 Solekan Selebriti Lokal Pilihan GLAM Bulan Ini !

7 Solekan Selebriti Lokal Pilihan GLAM Bulan Ini !

Solekan adalah sesuatu yang penting bagi individu yang bergelar wanita di luar sana. Ia boleh membuatkan seseorang itu berkeyakinan dan berani untuk menghadapi dunia luar yang mencabar. Mari kita intai 7 solekan selebriti lokal pilihan GLAM bulan ini.

Solekan itu sendiri lahir bagi mewujudkan kesempurnaan dan kecantikan pada kulit wajah seseorang. Solekan yang bagus adalah solekan yang mempertingkatkan lagi kejelitaan semula jadi si pemakai. Kejelitaan si pemakai penting apabila mengenakan aplikasi solekan agar wajah terlihat manis dan berseri-seri apabila dipandang.

Ekspresi wajah seseorang memainkan peranan yang penting kerana daripada wajahlah bermulanya segala-galanya. Daripada raut wajah kita boleh menilai mood seseorang. Seperti lagu popular yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bertajuk Wajah Kekasih yang berlirik ‘Ku menyaksikan seraut wajah cinta yang kehampaan tiada lagi bermaya’ di situ kita dapat lihat yang wajah dapat menceritakan segalanya. Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga wajah bukan sahaja tentang mengawal ekspresi malah demi menjaga raut yang manis.

Bercakap mengenai solekan, kita lihat dunia solekan banyak berkembang dari semasa ke semasa. Solekan yang kelihatan semula jadi atau no makeup makeup look menjadi kegilaan ramai lagi-lagi pengguna sosial media kebelakangan ini. Solekan yang tipis dan bersahaja sesuai untuk pengunaan harian agar kelihatan kemas dan bersiap.

See also
Foto Belakang Tabir Filem Armani Beauty Bersama Cate Blanchett

Prinsip solekan yang bagus adalah solekan yang tidak mengubah rupa dan sesuai serta serasi dengan kulit si pengguna. Menonjolkan siapa dalam solekan sangat penting supaya kita tahu tujuan solekan yang sebenar bukan untuk menjadi individu lain tetapi menjadi diri sendiri dengan penampilan yang terbaik. Penampilan dan identiti solekan perlu dijaga supaya gaya solekan itu sendiri kena dengan pembawaan yang kita mahukan.

Rona kulit, bentuk dan tekstur wajah seseorang individu diciptakan berbeza-beza dan mempunyai keunikan sendiri, Selain pemakaian solekan kita juga perlu hargai kecantikan,kelebihan dan kekurangan diri sendiri dan orang lain. Kita perlu jadi cantik bukan sahaja dari luaran tetapi juga dalaman ini kerana kecantikan dalaman itu lebih penting dan tiada tandinganya. Perkataan cantik itu sahaja subjektif maka nilailah erti cantik itu sendiri dan carilah solekan yang padan dengan anda.

Mari Kita Intai Dan Fahami Solekan Selebriti Lokal Pilihan GLAM Untuk Edisi Kali Ini!

Berbalik pada tajuk kita kali ini, selebriti adalah seseorang yang tidak asing lagi dengan dunia solekan. Solekan amat penting dalam kerjaya seorang selebriti terutamanya dalam pengambaran filem, drama mahupun undangan karpet merah. Dengan solekan, seseorang selebriti itu sendiri nampak lebih anggun dan berkarisma serta menyerlahkan lagi aura selebriti itu. Apabila solekan yang dikenakan oleh seseorang individu yang bergelar selebriti ini kena dengan tempat serta busana yang dipadankan ia akan melengkapkan look selebriti itu dan secara tidak langsung akan membuatkan orang lain yang melihatnya terpesona dengan penampilannya itu. Mari kita lihat solekan selebriti mana yang berjaya menjadi pilihan GLAM!

See also
Trend Kuku Quiet Luxury Pula Menjadi Pilihan

1. Scha Alyahya

Solekan Selebriti Lokal Pilihan

Scha mengenakan solekan daripada palet rona tanah. Tampil monokrom dengan padanan solekan mata, bibir dan pipi yang seakan sama membuatkan wajah Scha tampil seksi yang bersahaja.

2. Amelia Henderson

Solekan Selebriti Lokal Pilihan

Jelita! Satu perkataan yang menggambarkan wanita ini saat menghadiri majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini. Hadir dengan solekan minimal namun fokus diberikan pada solekan bibir. Amelia mengenakan gincu merah menawan, memukau setiap mata yang memandang.

3. Nabila Huda

Solekan Selebriti Lokal Pilihan

gambar dari instagram

Kehaadiran Nabila Huda di mana-mana sahaja pasti menarik perhatian ramai. Ini adalah Nabila di saat menghadiri majlis fesyen bertemakan Raya 2024. Solekan yang menyerlahkan keserian kulit wajahnya hasil magis tangan Ezad Ibrahim amat klasik dan glamor. Rambut pula didandan oleh Yusof Ruzaimi. Satu kombinasi gaya yang cukup sempurna!

4. Azira Shafinaz

Solekan Selebriti Lokal Pilihan

gambar dari instagram

Gaya solekan Azira tidak pernah menghampakan kami. Dia tahu bagaimana ingin memadankan sesuatu solekan dengan overall looknya. Kali ini, dia menggayakan persalinan kurung moden bersama dandanan rambut yang dibiar lepas mengalun. Apa lagi gaya solekan yang sesuai dipadan dengan rambut gulung menawan ini? Pastinya solekan glamor dengan sapuan pemerah pipi sebagai titik fokus membuatkan Azira tampil sangat cantik di mata kami.

See also
Raikan Wajah Polos Dengan #BarefacedBeautiful

5. Daiyan Trisha

Solekan Selebriti Lokal Pilihan

gambar dari instagram

Sesibuk mana jua Daiyan Trisha, wajahnya tidak pernah tampak tidak bermaya apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Sentiasa tampil ceria dan bertenaga serta solekan dan dandanan rambutnya pasti on point! Melalui foto ini, dilihat Daiyan mengenakan solekan minimal namun highlight nya adalah terletak pada bahagian solekan mata. Solekan cat eye sememangnya membuatkan keseluruhan solekan Daiyan tampak segar dan seksi.

6.Solekan Selebriti Lokal Pilihan GLAM Bulan Ini: Anzalna Nasir

Solekan Selebriti Lokal Pilihan

gambar dari instagram

Si manis ayu Anzalna Nasir tampil bak puteri setiap kali muncul di mana-mana majlis. Baru-baru ini kelihatan dia menggayakan persalinan edgy serba hitam namun dilembutkan lagi dengan padanan mutiara menghiasi leher. Bukan itu sahaja, solekannya juga amat menarik perhatian GLAM. Bibir merah menggunakan gincu bibir bertekstur krim, kemudian mata dilayang maskara bersama olesan pembayang mata membentuk solekan smoky. Kesimpulannya, she nailed it!

7. Eyka Farhana

Always on point! Ini adalah sewaktu Eyka Farhana di tayangan tertutup filem Anak Perjanjian Syaitan 2. Ternyata Eyka tampil begitu cantik sekali! Kulit wajahnya yang berseri dan glowing ditambah pula dengan layangan solekan glamor seiring busana yang disarungnya. Bibir yang ditatarias dengan olesan gincu rona nude dengan sentuhan glos. Pemilihan bulu mata jenis cat lashes menyemarakkan lagi keseluruhan solekan wanita ini.