3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM - Glam Malaysia
3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM

3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM

Influencer dan usahawan, Nurin Afiqah mula menarik ramai pengikut kerana kandungan media sosialnya yang kreatif dan menginspirasikan ramai wanita di Malaysia. Penampilan ‘modest’ Nurin yang bersifat sopan dan kontemporari turut menjadi perhatian dan mengagumkan ramai wanita segenerasinya. Nurin yang bakal bergelar ibu tahun ini, sering berkongsi penampilan dan momen manis wanita yang sedang hamil. Banyak tip-tip fesyen yang boleh dipelajari dari Nurin. GLAM memilih tiga stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah.

 

KLASIK HITAM

Di era moden ini, ada banyak sekali cara untuk berkreasi dengan warna hitam. Beberapa di antaranya mampu mengubah penampilan dan mood. Sesuai untuk acara malam, Nurin memilih dress polos hitam yang ringkas, namun diserlahkan dengan kombinasi tudung krim yang kontra dan beg tangan klasik sebagai pelengkap gaya. Permainan padu padan pakaian seperti ini membuatkan penampilannya semakin beragam. Kombinasi yang sesuai dan nyaman buat ibu mengandung. Dengan penampilan santai ini, Nurin tetap terlihat sorotannya tersendiri, namun tidak terlalu berlebihan. 

WEDDING GUEST

Sejak fenomena siri Indonesia, Gadis Kretek, banyak majlis yang mengambil inspirasi berpakaian dari kisah tersebut. Yakni mengilhami busana tradisional dengan paduan gaya yang bersifat kontemporari. Which is good. Sama seperti majlis perkahwinan yang dihadiri Nurin ini, yang mana ‘dress code’-nya ‘Javanese’. Oleh itu, Nurin memilih persalinan tradisional kebaya serta selendang putih sebagai opsyen memenuhi tema majlis tersebut.

WARNA NEUTRAL

Penampilan ini mencadangkan gaya kembara yang nyaman dan stylish. Mudah dipadankan dan sesuai buat ibu mengandung yang akan pergi travel. Nurin menyarung long dress yang sendat dan dilapisi dengan blazer sebagai gaya utama. Untuk meningkatkan gaya kembaranya, Nurin memilih kaca mata hitam dan sepatu bertumit. Sebagai opsyen, buat yang mahu meniru gaya ini, boleh juga mengenakan sepasang sepatu flat, but hitam atau sneakers, yang juga menjadi kesukaan dikalangan street-style darlings seperti Bella Hadid, Kendall Jenner dan Kaia Gerber. 

Artikel berkaitan: 5 Gaya Pentas Ernie Zakri Pilihan GLAM