Meraikan Keriangan Bersama GUESS Bella Vita Rosa
Bebas, penuh riang sambil tergoda dengan aroma menggoda GUESS Bella Vita Rosa yang mencetus peribadi wanita feminin.
Sempena meraikan musim percutian atau kunjungan tahun baru, GUESS ada hadiah istimewa buat wanita GUESS yang ingin kelihatan ceria nan menggoda kala menyambut malam penuh bermakna. GUESS Bella Vita Rosa lambang keriangan yang tiada tolok bandingannya. Aromanya pula menusuk hati dan kalbu kerana nota utamanya mewah dengan intipati buah-buahan seperti Black Currant, Quince dan Italian Lemon.
Menurut pakar wangian Gabriela Chelariu, “I created GUESS Bella Vita Rosa to celebrate the joyful existence of the GUESS woman, her ability to see life through ‘rose-colored glasses’ – seeing all that is positive and beautiful in this world”. Oleh itu, wangian ini melambangkan kebebasan wanita dalam meniti kehidupan penuh ceria. Selain nota utama menjadi keutamaan, intipati melalui bunga eksotik seperti Jasmine, Magnolia Blossom, Cypress dan Muguet menyerlahkan mood joie de vivre wanita GUESS. Gabungan ramuan bunga Orris, Moss, Sandalwood dan Musk meninggalkan kesan aroma sensual dan feminin.
Menariknya ilham reka bentuk botol wangian Reka bentuk GUESS Bella Vita Rosa ini adalah melalui inspirasi warisan fesyen. Berbentuk seperti GUESS Peony Medallion ini kelihatan mewah dalam rona GUESS ikonik iaitu rona emas mawar. Disebalik kaca lutsinar ini pula mendedahkan warna merah jambu wangian dan penutupnya mewah dalam warna emas merah.
“Aroma GUESS Bella Vita Rosa ini mengingatkan dirinya bersama insan tersayang.”- Tyra Kamaruzzaman
Interprestasi wanita penuh keriangan lagi sensual GUESS Bella Vita Rosa ini diabadikan oleh pilihan personaliti GLAM, Tyra Kamaruzzaman. Seorang usahawan wanita muda, bintang pempengaruh (influencer) yang sering tampil menawan dan sensual. Jelas Tyra, “Aroma GUESS Bella Vita Rosa ini mengingatkan dirinya bersama insan tersayang ketika makan malam bersama serta warna emas merah seperti rekabentuk botol Bella Vita Rosa ini merupakan pilihan warna kegemarannya.”
Sempena meraikan kunjungan musim festival atau percutian, serlahkan aura kewanitaan penuh ceria bersama GUESS Bella Vita Rosa di kaunter kecantikan GUESS Fragrance di laman rasmi SOGO KL.
Pengarah Kecantikan & Arahan Seni : Julia Azman, Gambar : Bibo Aswan, Video : Aun Chua, Pakaian : Marciano by GUESS, Solekan : Ahma Dani, Rambut : Yusof Ruzaimi