Sia Bergelut Depresi Tiga Tahun Akibat Perceraian
Sia Bergelut Depresi Tiga Tahun Akibat Perceraian

Sia Bergelut Depresi Tiga Tahun Akibat Perceraian

Penyanyi dan komposer, Sia mendapat inspirasi daripada detik pahit dalam hidupnya untuk mencipta muzik baharu.

Dalam temu bual untuk siaran podcast Apple Music 1, Sia mendedahkan dia mengalami kemurungan selama tiga tahun selepas bercerai dengan pembikin filem, Erik Anders Lang pada 2016. Perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun.

“Sebenarnya sekitar enam tahun lalu, saya baru sahaja mula menulis lagu untuk album akan datang, Reasonable Woman. Tiba-tiba saya didatangi perceraian, dan ia benar-benar mengejutkan saya.

Sia

Foto: Getty Images

“Itu merupakan detik paling gelap dalam hidup dan saya hanya terbaring atas katil selama tiga tahun disebabkan kemurungan teruk. Saya juga tidak mampu berbuat apa-apa sepanjang tempoh itu.”

Muzik Baharu Sia

Reasonable Woman menandakan album pertamanya sejak 2016. Walaupun album tersebut dijangka menemui peminat pada Musim Bunga 2024, Sia melancarkan lagu Gimme Love daripada album itu minggu lalu.

Bercakap tentang bagaimana dia boleh menghasilkan album baru, penyanyi asal Australia itu berkata dia bermula dengan merakam cebisan demi cebisan lagu. Ketika itu dia agak ragu dengan kemampuannya untuk menghasilkan muzik kerana masih ditenggelami depresi.

“Dan akhirnya, saya mempunyai lagu berkualiti yang mencukupi untuk mengeluarkan sebuah album. Saya bergantung kepada pihak pengurusan untuk menentukan sama ada lagu ciptaan saya cukup bagus atau tidak.”

Walaupun tidak terbuka bercakap tentang percintaannya, Sia kini telah pun menemui kebahagiaan yang dicari. Dia mengahwini teman lelaki, Dan Bernard dalam satu majlis intim yang hanya dihadiri empat tetamu pada Mei lalu.

See also
Kontroversi Di Sebalik Album Terbaharu Beyonce, Renaissance

Menurut People, majlis perkahwinan mereka berlangsung di Villa Olivetta Domenico Dolce dan Stefano Gabbana di Portofino, Itali. Ia merupakan lokasi sama di mana Kourtney Kardashian dan Travis Barker disatukan sebagai suami pada pada Mei 2022.

Sia

Foto: Instagram

 

Foto: Getty Images

Baca: The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” – Meryl Streep