Senaman Kegel Untuk Ketatkan Faraj: Cara-Cara Untuk Lakukan

Senaman Kegel Bagus Untuk Ketatkan Faraj, Ini Caranya

Kecantikan seorang wanita bukan sahaja dilihat pada luaran namun ia juga memerlukan kecantikan dalaman yang sihat. Kebanyakkan wanita sering mengabaikan kepentingan menjaga otot lantai pelvik mereka. Kali ini GLAM ingin berkongsi cara-cara senaman kegel untuk ketatkan faraj.

Senaman kegel adalah senaman yang melibatkan pada otot pelvis. Otot-otot ini terletak di antara pinggang kita bertujuan untuk menyokong pundi kencing, rahim, dan organ-organ di sekelilingnya. Untuk pengetahuan anda, senaman kegel juga dikenali sebagai senaman lantai pelvis atau senaman “kemut”. Senaman ini dilakukan bertujuan untuk menguatkan otot lantai pelvis.

Namun, senaman Kegel bukan sahaja untuk wanita malah untuk para lelaki juga boleh dilakukan. Ianya kerana senaman ini dikatakan mampu untuk mengetatkan faraj wanita untuk memberi kepuasan semasa hubungan intim bersama suami. Kaum lelaki juga boleh melakukan senaman ini untuk kuat dan tahan lama.

Berita baik untuk si ibu mengandung! Senaman kegel mampu membantu untuk memastikan proses kelahiran si ibu selamat dan mudah. Anda tidak perlu risau kerana senaman Kegel merupakan salah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan bagi ibu mengandung dan juga memberi kesan yang positif terhadap tubuh badan.

See also
6 Selebriti Wanita Hollywood Dengan Alter Ego

senaman kegel

Cara-Cara Senaman Kegel Untuk Ketatkan Faraj

Jika anda nak tahu, senaman Kegel mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan wanita secara amnya. Apa yang lebih menarik senaman ini sangat mudah dilakukan dan boleh dibuat pada bila-bila masa dan ditempat yang selesa.

senaman kegel

1. Mengenalpasti Kedudukan Otot

Step pertama adalah anda perlu mengenalpasti kedudukan otot pelvis. Untuk memastikan anda menggunakan otot yang betul, letakkan kedua-dua tangan di atas perut anda. Kemudian, anda perlu melakukan kemutan seperti sedang menahan kencing.

Jika perut tidak bergerak ketika otot-otot anda sedang dikemutkan, itu bermakna ada melakukan pergerakan yang betul.

2. Lakukan Kemutan

Jika anda telah mengetahui kedudukan otot lantai pelvis yang betul, lakukan senaman ini dalam apa jua posisi. Namun posisi yang lebih mudah untuk dilakukan adalah posisi berbaring. Anda boleh tahan kemutkan faraj selama 8 hingga 10 saat dan lepaskan secara perlahan-lahan.

3. Berehat Seketika

Selesai sudah 1 set senaman kegel ini, anda boleh berehat selama 10 saat atau mengikut masa anda sendiri.

See also
Persembahan Koleksi Bunga/Panas '19 Tory Burch Ibarat Wanderlust Alaf Baru

4. Ulangi Langkah Yang Sama

Selepas berehat, anda boleh ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Jika otot anda sudah rasa selesa dan lancar, anda boleh tingkatkan masa kemut 10 hingga ke 15 saat. Lakukan 3 set senaman kegel dalam sehari sekurang-kurangnya.

5. Jadikan Rutin Harian

Anda perlu cuba set asas senaman kegel ini selama seminggu. Jika anda sudah merasakan otot anda sudah semakin ketat, anda boleh tambah set senaman kegel dan masa tambahan mengikut tahap ketahanan anda.

6. Teknik 3-3

Apabila sudah seminggu anda amalkan senaman ini, anda boleh lakukan teknik 3-3. Contohnya, ketatkan otot lantai pelvis anda dengan cara mengemut dan tahan selama 3 saat. Kemudian, rehat selama 3 saat dan ulangi langkah ini beberapa kali secara berturut-turut.

Peringatan! Jika pinggang dan badan belakang anda terasa sakit, anda dinasihatkan untuk tidak teruskan kerana ia bermakna cara kemutan anda salah. Bukan itu sahaja, semasa melakukan senaman, jangan tahan nafas kerana ia boleh menyebabkan peredaran darah tidak efektik ke bahagian badan.

See also
GLAM x COACH 2017

Kebaikan Senaman Kegel

Jika anda masih belum mencuba senaman kegel ini, GLAM senaraikan kebaikan senaman yang anda perlu tahu. Ia termasuk:

  • Meredakan masalah kencing tidak lawas
  • Mengetatkan faraj
  • Memudahkan proses untuk bersalin
  • Membantu mengawal saluran udara
  • Menguatkan otot-otot yang menyokong pundi kencing, usus dan rahim
  • Menguatkan otot dinding pelvik

Artikel Berkaitan : 6 Makanan Ini Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!