COACH & Lil Nas X Drop, Koleksi Fesyen COACH Yang Terkini - Glam Malaysia
The Lil Nas X Drop, Koleksi Fesyen COACH Yang Terkini

COACH & Lil Nas X Drop, Koleksi Fesyen COACH Yang Terkini

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dengan Lil Nas X sebagai muse terbarunya, COACH meluncurkan koleksi musim sejuk 2023 dan sederet rekaan yang dipilih susun Lil Nas X sendiri. Satu koleksi yang bernada klasik Americana sekaligus kontemporari dengan sentuhan khas. 

Coach telah hadirkan koleksi musim luruh sejuk 2023 karya Stuart Vevers, yang menyambung idea dan wawasannya mengenai warisan Amerika Coach-dari perspektif budaya belia. 

Dalam pada itu, Lil Nas X menjadi undangan Coach untuk menghasilkan koleksi kapsul khas. Lil Nas X selaku inspirasi utama, menciptakan deretan busana penuh pernyataan yang direka untuk dikenakan pada pelbagai acara dan banyak melibatkan unsur gaya yang bold-diciptakan sendiri eksklusif untuk Coach dan para peminat gaya Lil Nas X sendiri. 

Membina naratif berunsurkan musim luruh, selain sebagai platform untuk menyerlahkan keperibadian. Koleksi tersebut turut memperkenalkan kombinasi aksesori kulit yang fun dan mengambil rujukan dari ‘underground parties’ (merupakan sub budaya New York yang sangat terkenal suatu ketika dahulu). Serta rekaan baharu yang direka semula atau bahan yang telah direka semula. Setiap rekaan yang terkandung menampilkan ciri-ciri gaya klasik Amerika seperti jaket kulit biker dan jaket shearling. Dipadankan dengan kemeja T, baju panas dan beg beragam gaya yang diwujudkan bersama detail bergrafik dan warna elektrik yang membangkitkan budaya ‘rave’. Dan terdapat cetakan harimau bintang-diambil dari arkib Bonnie Cashin yang didefinisikan semula untuk gaya masa kini. 

See also
Rekaan Mahal Dari Eropah Yang Dikenakan Melania Trump Di Asia

Musim ini turut menampilkan rekaan yang mengimaginasikan semula ‘little black dress’ yang menggabungkan sisi romantis dan fesyen grunge, dalam material tulle nipis bersulam bentuk hati dan diserlahkan dengan hiasan labuci. Pasti terwujud harmonisasi yang indah dan dapat dirasakan oleh setiap orang yang melihat koleksi ini.