Use your ← → (arrow) keys to browse
Malaysia kini sebaris jenama antarabangsa. 5 jenama kecantikan lokal yang berasaskan vegan dan botanik!
Pasaran dunia kecantikan tempatan semakin rancak dengan kehadiran jenama yang kini berasaskan Vegan dan semula jadi. Jika anda mencari jenama lokal sebagai tambahan terkini untuk rutin cantik ini pilihan GLAM.
Jenama ini cukup terkenal dalam kalangan wanita muda tempatan! Produknya berasaskan semula jadi, bebas bahan pengawet dan paraben serta bersifat vegan sepenuhnya. Malah, tiada kekejaman haiwan. Setiap produknya juga menggunakan ramuan rahsia hasil buatan tangan serta sangat berkhasiat pada kulit.
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”