Ada Apa Dengan Tiz Zaqyah & Keith Foo? - Glam Malaysia
Ada Apa Dengan Tiz Zaqyah & Keith Foo?

Ada Apa Dengan Tiz Zaqyah & Keith Foo?

Agak lama nama aktor Keith Foo tidak dikaitkan dengan mana-mana wanita. Kini dia dilaporkan sedang menyulam cinta dengan aktres Liar, Tiz Zaqyah.

Baru-baru ini tular sebuah video yang merakamkan aksi mesra kedua-dua pelakon terkenal itu di media sosial. Ini sekali gus membuatkan netizen percaya bahawa Keith Foo dan Tiz Zaqyah sedang menjalin hubungan romantis.

keith foo tiz zaqyah

Foto: Oh Media

Dalam video yang turut dikongsi di akaun Instagram aktor itu, mereka dilihat berjalan seiringan sambil berpegangan tangan dengan riak wajah gembira. Lebih menguatkan spekulasi apabila video itu dibuat mengikut trend ‘terlanggar jodoh’ yang kini sedang hangat di media sosial.

‘Percintaan’ Keith Foo & Tiz Zaqyah Mendapat Restu Peminat

Tidak dapat dipastikan adakah Keith Foo dan Tiz Zaqyah benar-benar menjalin hubungan istimewa atau sekadar untuk mempromosi produk Aura Kasih. Namun peminat nyata teruja menerima perkhabaran itu dan memberi ‘lampu hijau’ pada perhubungan mereka.

“Bercinta ke? Seriously? Wah, saya tumpang gembira”.

“Best ni, bagaikan pinang dibelah dua!”

“Serius? Okey, approved. Sesuai!”

“Harap betul dan bukan drama semata-mata.”

“Wah, sepadan sangat,” beberapa peminat memberi respons di ruangan komen.

Keith Foo

Foto: Instagram

Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga dengan model, Kim Raymond pada November 2015. Malangnya perkahwinan mereka putus di tengah jalan dan sah bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Skylar Raymond Foo yang kini berusia lima tahun. Tiz Zaqyah pula pernah menjalin hubungan cinta dengan Remy Ishak namun berpisah pada tahun 2012. Dia juga pernah dikaitkan dengan beberapa jejaka bukan berstatus selebriti.

See also
Kebenaran Mengenai Dua Gaun Perkahwinan Jennifer Lopez

 

Foto: Facebook/Kosmo

Baca: “Saya sukakan lelaki yang ada pendirian” – Tiz Zaqyah