Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara - Glam Malaysia
gaya anna jobling

Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara

Adakah sekarang ini sedang lagi musim bercuti? Ada yang ke Eropah dan ada juga yang melawat Asia. GLAM  kongsi gaya Anna Jobling dan lagi selebriti lokal bercuti yang menjadi pilihan kami.

Baru-baru ini, GLAM sempat melihat di laman media sosial. GLAM tertarik dengan gaya Anna Jobling, Daiyan Trisha, Siti Saleha ramai lagi yang sedang seronok mengembara ke luar negara. Walaupun kebanyakannya hadir untuk tuntutan kerja, namun mereka ini kelihatan sangat gembira dan sempat menyelit masa untuk menikmati keindahan kota yang mereka lawati.

Sudah tentu sekali persiapan percutian ke luar negara ini haruslah lebih ekstra berbanding bercuti di dalam negara. PIlihan baju yang bersesuaian, kelengkapan diri yang cukup, maklumlah henda berkunjung ke negara orang. Sudah tentu lokasi dan pemandangannya yang indah, struktur bandar dan pembangunan ikonik penuh bersejarah membuatkan kita yang melawat tidak menang tangan hendak merakam gambar.

Bukan itu sahaja, generasi hari ini cukup popular dengan terma OOTD. Tidak lengkap jika percutian tidak seiring dengan gambar OOTD melengkapkan lagi memori percutian indah. GLAM kongsikan beberapa gaya yang menjadi pilihan kami untuk anda jadikan inspirasi kala bercuti!

See also
FENDI Mengumumkan Koleksi Kolaborasi Bersama Big Bang Taeyang

GLAM Kongsi Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Kala Bercuti!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Gaya Anna Jobling ala gadis chic Paris

Berada di kota Perancis atas urusan kerja, namun mata tidak berhenti melihat setiap gambar yang dirakam Anna sewaktu berada di kota Paris. Mengenakan busana Dior, Anna kelihatan begitu cantik mengenakan paduan beanie pada rambut yang digaya gulung glamor. Menyarung trench coat bersama top kait di dalam. Solekan pilihan Anna juga kena dengan wajah dan penampilan keseluruhannya.

gaya anna jobling