Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul - Glam Malaysia
Kenal Kulit Wajah

Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul

Bukan semua orang memiliki kondisi kulit wajah yang sama. Namun semua impikan satu gol sepakat iaitu untuk mencapai kulit wajah sihat. Akan tetapi sebelum itu, kenal kulit wajah anda dengan betul terlebih dahulu.

Kadang-kala wanita di luar sana ini sibuk mengikutkan apa yang dipakai pempengaruh di media sosial tanpa memikirkan sama ada sesuai ataupun tidak dengan kulit wajah sendiri. Melihatkan foto si polan di Instagram dengan kulit yang mulus, terus buat diri terasa iri hati. Bila si dia kongsikan produk yang disarungnya, deras ingin ke butik untuk mendapatkannya juga. Langsung selepas itu, tidak kena dengan kulit wajah. Terus dimarahkan si pempengaruh tadi.

Ramai yang masih tidak lagi memahami konsep kenal kulit wajah sendiri. Maka, tidak hairanlah melihat ramai yang masih tersalah produk terus buat kulit breakout bagai tiada esok hari. Buat yang masih buntu, bagaimana hendak mengenal dengan lebih mendalam lagi, ikuti tip daripada GLAM ini.

See also
GLAM Memilih 5 Stail Terbaik Pelakon ‘Emily in Paris’ Lily Collins

Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Mudah, Hanya Dari Rumah!

Ini adalah salah satu cara mudah tanpa perlu anda merujuk kepada pakar kecantikan. Hanya boleh dinilai dari rumah! Ikut langkah seperti di bawah:

#1 Cuci muka

Cuci sebersih-bersihnya wajah tanpa meninggalkan sebarang sisa kotoran solekan. Ini kerana untuk membolehkan anda mengenal pasti kulit wajah anda yang sebenar jika kulit berada di dalam keadaan yang bersih.

#2 Biarkan kulit wajah bernafas selama 1 jam

Sesudah cuci, biarkan kulit wajah anda polos sebegitu selama 1 jam. Jangan memakai apa-apa produk baik pelembap, serum atau juga toner. Ini bagi memastikan kulit wajah dalam keadaan asal dan asli. Kita ingin melihat kondisi sebenar kulit wajah. Dan sebaiknya jangan sentuh muka anda. Ini bagi mengelakkan kotoran dan bakteria hinggap di permukaan wajah.

kenal kulit wajah

#3 Sentuh kulit wajah anda

Setelah dibiarkan selama satu jam, kini tiba masanya untuk anda rasai kulit wajah anda yang sebenar. Kenal pasti apakah sebenarnya jenis kulit wajah anda. Sama ada jenis berminyak, kombinasi, kering atau juga sensitif.

See also
Shailene Woodley Guna Tumbuhan Sebagai Gincu

Sekiranya tiada tanda kering ataupun rasa minyak pada kulit, ini bermakna anda memiliki kulit jenis normal dan ia adalah merupakan kulit idaman setiap individu! Jika anda merasakan seperti berminyak apabila disentuh dan kelihatan berkilat, ini bermakna wajah anda jenis berminyak. Kadar pengeluaran minyak sangat aktif dan lebih cenderung untuk mendapat jerawat.

Manakala, jika anda berasa tidak selesa seolah-olah kulit tegang dan mendapati ada bahagian yang mula mengelupas, ini bermakna anda adalah jenis berkulit kering. Namun, ramai yang masih keliru dengan jenis kulit kombinasi. Jika anda merasakan kulit di bahagian hidung seakan berminyak kemudian bahagian lain seperti pipi atau dahi sedikit kering, ini bermakna anda memiliki kulit jenis kombinasi.

Jika anda sudah mengenali kulit wajah anda, daripada situ anda sudah boleh merancang atau memilih produk yang benar-benar sesuai dengan kulit wajah anda. Elakkan memilih produk penjagaan yang salah. Ini adalah punca mengapa sesuatu produk itu tidak berkesan dengan kulit wajah anda.

See also
Trend Solekan di Cannes

 

Pautan Berkaitan: Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah Kulit