Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Met Gala 2023 - Glam Malaysia
Met Gala 2023

Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Met Gala 2023

Met Gala 2023 bakal berlangsung pada 1 Mei 2023 di New York. Tahun ini temanya ‘In Honor of Karl”, siapakah yang bakal hadir melewati karpet merah acara berprestij ini?

Pameran Institut Kostum menampilkan tema “Karl Lagerfeld: A line of Beauty” untuk tahun ini bertujuan meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld. Seperti yang diketahui, mendiang yang meninggal dunia pada tahun 2019 di saat usianya mencecah 85 tahun ini banyak menabur bakti memperkasakan lagi jenama-jenama hebat seperti Balmain, Chloé, Patou, Fendi dan Chanel. Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah dibuat Lagerfeld.

Untuk tahun 2023 ini, Met Gala akan dihoskan oleh Penélope Cruz, Michaela Coel, Roger Federer, Dua Lipa juga Anna Wintour. Turut menyaksikan ratusan teman rapat mendiang yang bakal hadir sebagai tetamu penting dan bakal mempersembahkan busana yang terinspirasi daripada tema “In Honor of Karl” ini.

See also
Rose Blackpink Tampilkan Fesyen Glam Dalam Video Muzik On The Ground

Apakah Itu Met Gala?

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang masih belum mengetahui apakah agenda di sebalik malam gala berprestij ini. Met Gala diberi nama atau juga dikenali sebagai Costume Institute Benefit adalah sebuah acara amal jariah yang diadakan setiap tahun di Metropolitan Museum of Art di New York setiap tahun pada Isnin pertama bulan Mei. Ia adalah acara fesyen yang paling gemilang dan berprestij! Melalui acara ini, sejumlah dana biasanya akan terkumpul hingga mencecah 8 angka.

Met Gala 2023

Dari kiri ke kanan: Anna Wintour, Honorary Chair Tom Ford, and Co-Chairs Ryan Reynolds dan Blake Lively menghadiri The 2022 Met Gala bertemakan “In America: An Anthology of Fashion” at The Metropolitan Museum of Art. (Gambar oleh Matt Winkelmeyer/MG22/Getty Images for The Met Museum/Vogue)