Kekal GLAM Dengan Produk Kecantikan Terkini Sempena Raya Aidilfitri - Glam Malaysia

Kekal GLAM Dengan Produk Kecantikan Terkini Sempena Raya Aidilfitri

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hari Raya Aidilfitri adalah ibarat acara ‘Met Gala’ bagi mereka yang menyambut perayaan ini. Selain berpakaian menawan, solekan juga menjadi elemen penting yang mampu memberikan impak rupa glamor dan berketerampilan cantik.

Buat penggemar dunia solekan, GLAM akan berkongsi tentang produk kecantikan yang terkini buat anda! Sudah semestinya apabila anda bersiap atau mempunyai solekan look yang cantik, ia menjadikan diri anda lebih yakin serta selesa sepanjang menyambut hari raya dan berjumpa sanak-saudara.

Ini Produk Kecantikan Terkini Untuk Solekan Raya Aidilfitri

M.A.C Cosmetics

Kekal GLAM Dengan Produk Kecantikan Terkini Sempena Raya Aidilfitri

Foto: M.A.C Cosmetics

Tip menginginkan solekan yang tahan lama dan memberi kesan flawless sepanjang bersolek adalah menggunakan setting spray sebelum prep muka dengan moisturizer dan primer. M.A.C Cosmetics mengeluarkan ‘Pearlescence Prep + Prime Fix‘ yang mampu menyegarkan dan memberi rangsangan penghidratan pada kulit. Setting spray ini padat dengan vitamin dan mineral serta diselitkan dengan campuran teh hijau, chamomile dan timun. Ini membantu dalam melembapkan kulit dan sesuai digunakan untuk menambah baik ketika pemakaian solekan raya anda.

See also
Pilihan Skarf GLAM Yang Mampu Naikkan Seri Gaya Raya