Whitney Peak Wajah Terkini Coco Mademoiselle - Glam Malaysia

Whitney Peak Wajah Terkini Coco Mademoiselle

Aktres muda Whitney Peak dilantik sebagai wajah kempen terkini Chanel untuk wangian COCO MADEMOISELLE.

Whitney Peak

Semangat dan tenaga yang energetik Whitney Peak ibarat penjelmaan Coco Chanel sewaktu dia muda. Aktres ini mula dikenali apabila dia memegang salah satu watak utama untuk siri baharu Gossip Girl dan juga peneraju dalam filem Hocus Pocus 2. Ini bukanlah pertama kali dia tampil dalam kempen Chanel. Sebelum ini dia pernah menjadi wajah kempen untuk pasaran Amerika Syarikat dan duta untuk kempen 22 beg tangan.

Coco Mademoiselle

Daya tarikannya dan sifat ingin tahu tentang dunia, Whitney Peak menyerlahkan personaliti Coco Chanel di era moden. “I put on a fragrance as a form of self-care,” Whitney Peak kala bercerita mengenai cara dia mengendali diri. Bagi dirinya, self-care bukanlah sekadar berada di rumah, manjakan diri dengan masker muka dan menonton filem. Ia lebih bersifat peribadi buat dirinya, yang membawa kepada versi terbaik untuk dirinya. Bergelar sebagai wajah COCO MADEMOISELLE dia diberi kesempatan untuk memilih aroma yang melambangkan dirinya dan mempelajari lebih terperinci mengenai pemakaian wangian yang betul.

See also
Gaya Rambut Terkini: Baby Pink

Artikel berkaitan Lagi, Chanel Pilih Keira Knightley Untuk Kempen Terbaru

Coco Madeimoiselle

COCO MADEMOISELLE merupakan wangian yang kuat dan halus, , menggoda namun tidak provokatif, moden tetapi klasik. Juga cerminan sempurna buat aktres muda ini. Wangian mewah ini turut selesa dipakai berlapis dalam mencipta paradoks yang sempurna.  Boleh dipakai pada bila-bila masa tanpa terikat dengan masa atau acara.

Whitney Peak