Use your ← → (arrow) keys to browse
Pemilihan syampu rambut yang tepat menyumbang kepada penjagaan rapi untuk rambut sihat dan cantik. GLAM bariskan 4 syampu pilihan 2023 untuk kegunaan di rumah.
Tip Rambut Lebat :
Elak Sikat Rambut Ketika Basah
Hal ini kerana menyikat rambut selepas mandi menggangu kadar hidrasi rambut. Jika rambut anda kusut selepas mandi, kala mencuci rambut, urut dan luruskan rambut dengan cara pintalan.
Minyak Pati
Dapat meningkatkan bilangan folikel sekaligus buat rambut lebi voluminous. Minyak pati seperti Rosemary,Thyme, Cedarwood, Lavender dan Peppermint boleh digunakan dan elakkan guna minoxidil.
Masker Santan
Panaskan santan dan sapu pada kulit kepala serta urut selama 15 minit. Setelah itu, tunggu sehingga 45minit sebelum dibilas dengan syampu. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Pilih Suhu Paling Rendah
Jika anda terpaksa menggunakan alatan rambut, pastikan pilih suhu paling rendah kerana haba panas akan merosakkan gentian helaian rambut.