“If I Had Known…” - Luahan Hati Puteri Diana Mengenai Perceraian Didedahkan - Glam Malaysia
“If I Had Known…” - Luahan Hati Puteri Diana Mengenai Perceraian Didedahkan

“If I Had Known…” – Luahan Hati Puteri Diana Mengenai Perceraian Didedahkan

Memorabilia peribadi Puteri Diana tidak pernah gagal menarik perhatian umum terutama peminat Diraja.

Trend ini dilihat berterusan apabila koleksi surat tulisan tangan Puteri Diana dijual pada harga tinggi dalam satu acara lelong yang dianjurkan oleh David Lay Auction baru-baru ini. Dinamakan sebagai ‘Diana, The Private Private Correspondence of a Princess’, ia merupakan koleksi sulit yang mengandungi 32 pucuk surat dan kad peribadi yang ditulis oleh Puteri Wales kepada dua rakan baiknya, Susie dan Tarek Kassem sekitar tahun 1996.

puteri Diana

Foto: ITVX

Surat-surat tersebut telah berada dalam simpanan pasangan suami isteri itu selama lebih suku abad. Mereka tidak mahu mengamanahkan anak cucu dengan pemilikan koleksi berharga itu, justeru memutuskan untuk menjual dan mendermakan hasil jualan kepada badan kebajikan yang begitu dekat di hati mendiang.

Sejak kemangkatan Puteri Wales, obsesi orang ramai terhadapnya tidak pernah pudar. Jurucakap David Lay Auction berkata mereka melihat sendiri betapa terujanya hadirin kerana dapat membeli surat tulisan tangan mendiang yang dianggap sebagai satu peninggalan tidak ternilai.

See also
Kate Middleton Menyarung Peninggalan Puteri Diana Di Upacara Trooping The Colour

Impak luar biasa Puteri Diana terhadap rakyat jelata yang ditemuinya sama ada di jalanan, teater, restoran atau di mana-mana sahaja sentiasa memukau Susie dan Tarek sepanjang dua tahun persahabatan mereka. Pasangan itu mengakui amat bertuah kerana berpeluang menjalin persahabatan erat dengan mendiang.

Puteri Diana

Puteri Diana bersama Susie Kassem. Foto: Getty Images

Menurut David Lay Auction, koleksi surat peribadi Puteri Wales dijual pada harga RM757,686 manakala sepucuk lagi yang menceritakan keperitannya bercerai dengan Raja Charles III dijual pada harga RM123,466.

“If I had known a year ago what I’d experience going through this divorce, I’d never have consented, it’s desperate and ugly,” antara isi kandungan surat itu.

Dalam sekeping kad bertarikh 28 April 1996 yang dilelong pada harga RM67,153, mendiang memohon maaf kepada keluarga Tarek kerana membatalkan rancangan mereka untuk menonton persembahan opera bersama disebabkan tekanan yang dialami berikutan perceraiannya.

“I am having a very difficult time and pressure is serious and coming from all sides. It’s too difficult sometimes to keep one’s head up, and today I am on my knees and just longing for this divorce to go through as the possible cost is tremendous.”

Foto: David Lay Auction

 

See also
Berapa Nilai Cincin Pertunangan Lindsay Lohan?

Foto: Getty Images/David Lay Auction

Baca: Putera Harry Dedah Persamaan Meghan Markle & Mendiang Puteri Diana