Dior Mitzah Himpunkan Solekan Ikonik Pilihan Anya Taylor-Joy - Glam Malaysia

Dior Mitzah Himpunkan Solekan Ikonik Pilihan Anya Taylor-Joy

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Personaliti eksentrik dan chic Mitzah Bricard melabelkan dia sebagai muse paling ikonik di rumah Dior. Keberanian dia dalam menggayakan persalinan leopard print diabadikan dalam koleksi solekan istimewa 2023.

Koleksi Dior Mitzah

Gambar oleh Dior Beauty

Mitzah Bricard, namanya masih bergema di rumah atelier Dior. Dia juga merupakan muse kegemaran Christian Dior kerana keberaniannya memakai persalinan cetakan harimau sebelum ia menjadi ikonik. Menurut Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Direktor Imej Dior Makeup, “ Sejak di awal kemunculan, cetakan haiwan ini sudahpun menghiasi pentas peragaan Dior. Dan untuk koleksi solekan terkini, saya mengambil inspirasi cetakan ikonik untuk setiap barangan tanda menyemai semangat avant-garde dan keberanian.”

Dior Mitzah

Gambar oleh Dior Beauty. Solekan mata menggunakan Diorshow 10 Couleurs 001 Mitzah Edition. Kod warna kuku, Dior Vernis 970 Nuit 1947

Koleksi Dior Mitzah ini menghiasi barisan solekan dan juga wangian daripada La Collection Privée dengan keanggunannnya yang subversif serta kontemporari. Seperti yang dilihat pada set pembayang mata, gincu, bedak kusyen kompak dan juga botol wangian.

See also
GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu

Anya Taylor-Joy dan Mitzah Bricard Muse Dari Dua Era

Artikel berkaitan Dior La Mousse OFF/ON Bersih Kesan Solekan Dengan Efektif

 

Dior Mitzah

Gambar oleh Dior Beauty