5 Gaya Rambut Y2K Jennie BLACKPINK Boleh Anda Cuba - Glam Malaysia

5 Gaya Rambut Y2K Jennie BLACKPINK Boleh Anda Cuba

Kami obses dengan gaya rambut terkini Jennie BLACKPINK yang sering digayanya di konsert jelajah mereka. Jom cedok inspirasi gaya wanita ini! 

Jennie BLACKPINK sememangnya dikenali sebagai satu figura yang cukup bergaya dan punya citarasa fesyennya yang tersendiri. Bukan sekadar dalam fesyen, Jennie seorang yang tahu apa yang diinginkannya walau dalam perihal solekan dan tatarias rambut. Baru-baru ini Jennie dilihat memotong rambut depannya membentuk bangs dan rata-rata ramai yang tertarik dengan gaya rambut terkininya itu. 

Jarang sekali melihat wanita ini menggayakan bangs namun ternyata gayanya berbeza daripada teman BLACKPINKnya yang lain iaitu Lisa. Walaubagaimanapun, apa yang ingin dikongsi kami adalah gaya rambut wanita ini yang amat menarik setiap kali dia beraksi di atas pentas konsert jelajahnya. Sering menggayakan dandanan rambut ala Y2K (yang sememangnya popular di kalangan generasi Z zaman ini) dalam pelbagai gaya membuatkan kami juga ingin mencuba kembali gaya seperti ini. 

See also
5 Gaya Solekan Atlet Olimpik 2024

Jom lihat 5 gaya rambut menarik Jennie BLACKPINK ala stail Y2K yang semakin mendapat perhatian hari ini. 

Apa itu Gaya Rambut Y2K?

Seperti kita semua sedia tahu, trend gaya rambut sering bertukar saban musim. Dan yang terkini dan menjadi kegilaan ramai anak muda adalah trend gaya rambut era awal tahun 2000-an. Begitu meriah pilihan gaya antaranya seperti stail space bun, pigtails, antenna bangs dan semestinya aksesori klip rambut! Anak muda hari ini gemar bereksperimen kala berfesyen dan sering memadu gaya rambut seperti ini untuk tampil lebih menarik. 

Lihat Gaya Rambut Terbaik Jennie BLACKPINK Sepanjang Konsert Jelajahnya!

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 High bun and curl hair

Jennie memilih untuk menggayakan dandanan seperti ini sewaktu persembahan solonya. Padan dengan busana yang disarung, Jennie kelihatan manis sekali!