Hindari Kulit Kusam, Ini Gincu Pilihan Wanita Glam - Glam Malaysia

Hindari Kulit Kusam, Ini Gincu Pilihan Wanita Glam

Pilihan rona gincu mainkan peranan penting dalam menyerlahkan kulit wajah anda. Percayalah gincu juga dapat hindari masalah kulit kusam.

Make Up For Ever Rouge Artist Velvet nude untuk kulit kusum

Kulit kusam terjadi akibat tidak mengamalkan penjagaan kulit wajah yang rapi dan juga gaya hidup tidak seimbang. Selain penjagaan yang rapi, GLAM menyarankan anda mencuba alternatif lain. Dengan memilih gincu mengikut kesesuaian kulit wajah. Baru-baru ini Make Up For Ever memperkenalkan barisan gincu Rouge Artist Velvet Nude yang hadir dengan seleksi 7 warna nudes pelbagai variasi. Dan juga kaya dengan tekstur matte serba selesa dicalit pada bibir.

Rouge Artist Velvet Nude

Mungkin inilah waktu sesuai untuk anda kembali memilih gincu bertekstur matte kerana semenjak kes Covid sudah semakin naik, Rouge Artist Velvet Nude ini pasti tidak meninggalkan kesan pada pelitup wajah! Mengapa gincu ini merupakan pilihan GLAM? Kerana teksturnya yang mudah melekap pada bibir dengan lembut dan kemasannya cukup mengagumkan dengan ketahanan selama 16 jam.

Rouge Artist Velvet Nude yang hadir dengan seleksi 7 warna nude

Rouge Artist Velvet Nude

Selain itu, pemilihan formulanya juga adalah unikĀ  kerana turut ada elemen penjagaan kulit bibir seperti Asid Hialuronik. Kegunaanya untuk mengekalkan kelembapan bibir dan menyerlahkan efek bibir tebal. Antara pilihan warna yang bakal buat anda tidak keruan sepertiĀ  Soft Blush, Warm Mocha, Tender Nude, Cosy Taupe, Comfort Brown, Fluffy Rosewood dan Cheerful Goji. Setiap satu gincu bernilai RM118 dan boleh dapatkan di Sephora Malaysia, butik utama di Pavilion Kuala Lumpur dan laman Lazada & Zalora Official Store.

See also
Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati

Artikel berkaitanĀ Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List