Use your ← → (arrow) keys to browse
Memoir Spare yang tanpa sengaja dijual lebih awal di Sepanyol pada 5 Januari lalu mendedahkan pelbagai detik perit dilalui Putera Harry termasuk saat terakhirnya bertemu Ratu Elizabeth II.
Putera Harry dilaporkan tidak sempat bertemu nenda kesayangannya sewaktu nazak dan hanya tiba di Istana Balmoral, Scotland beberapa jam selepas kemangkatan baginda pada 8 September 2022.
Dalam memoirnya yang penuh kontroversi itu, Duke of Sussex mendedahkan kata-kata terakhir yang dibisikkan ke telinga Ratu Elizabeth sebaik sahaja dia mendekati tubuh mendiang yang terbujur kaku.