Prada Menyambut Tahun Baru Lunar 2023 Bersama 4 Bintang Asia - Glam Malaysia

Prada Menyambut Tahun Baru Lunar 2023 Bersama 4 Bintang Asia

TAK TERASA KITA BAKAL BERADA DI AWAL BULAN TAHUN 2023, DAN ITU BERERTI TAHUN BARU LUNAR SUDAH DI DEPAN MATA! MENYAMBUT PERAYAAN TERSEBUT, PRADA MELANCARKAN KOLEKSI ISTIMEWA UNTUK MENYEMARAKKAN PERAYAAN LUNAR 2023. MENAMPILKAN BINTANG FESYEN ASIA UNTUK MENGHIASI KEMPEN DEDIKASI TAHUN BARU LUNAR 2023. SEMAK TERUS UNTUK MENGETAHUI KOLEKSI LEBIH LANJUT.

Menurut kalender Lunar, 2023 adalah tahun arnab-haiwan yang bersifat lembut, elegan dan tenang. Prada merayakan tahun dengan kempen berkonsep “Memories of Beauty”, yang menangkap kenangan dan perkongsian detik-detik gembira yang berkaitan dengan Tahun Baru Lunar. 

Kempen istimewa ini dibintangi penyanyi terkenal Cai Xukun, yang mana pernah menjadi wajah untuk kempen Prada 520 dan Tahun Baru Lunar 2021. Pelakon, Chunxia, yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong melalui lakonannya dalam filem “Port of Call”, pelakon, Bai Yufan dan model, Du Juan. 

Bai Yufan

Bagi menghasilkan kempen ini, Prada memilih Nick Yang, seorang jurugambar yang berbakat besar. Yang juga dikenali dengan hasil karyanya yang berpuitis dan banyak mesej tersirat. Bersama kemahiran Yang, dia berjaya merakamkan sifat sensual dan realiti kehidupan dalam satu siri kempen. Dalam setiap visual, Yang merakam empat bintang tersebut bersama objek pilihan yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan lalu mereka. Konsep tersebut mendasari penceritaan kempen, lalu membangkitkan kenangan bermakna yang berkaitan dengan sambutan Tahun Baru Lunar. Dan tentu sahaja buat sesiapa yang melayarinya akan terusik perasaan dan emosi. 

See also
Millennial It-Girl: Zendaya

Maka terhasillah satu siri naratif visual yang indah dan intim, mengimbangi masa lalu, masa kini dan masa depan. 

Du Juan

Sebagai lanjutan daripada projek ini, Prada menawarkan koleksi eksklusif berinspirasikan perayaan Tahun Baru Lunar untuk lelaki dan wanita. Memuatkan seleksi pakaian, aksesori seperti beg tangan, kasut dan hiasan lain. Fokus utama dari koleksi ini merupakan beg tangan, Prada Moon yang baharu. Diolah dari reka bentuk ikonik 2000-an dengan sentuhan gaya yang lebih moden dan berani. Diinterpretasikan ulang melalui lensa moden, dengan harapan dapat memberikan semangat meriah dari awal baharu yang dipenuhi dengan spirit cinta.

Artikel berkaitan: Izara Aishah, Is She The Most STYLISH WOMAN 2022?