Use your ← → (arrow) keys to browse
Kanye West yang pernah menjadi penyokong dan rakan usaha sama terbesar Balenciaga akhirnya tampil mengulas kontroversi berhubung iklan terbaharu jenama itu.
Balenciaga baru-baru ini mengundang kecaman apabila menampilkan iklan berunsur pedolifia yang melibatkan seorang kanak-kanak memegang beg berbentuk patung beruang dengan aksesori seksual dililit pada beg berkenaan.
Bukan itu sahaja, beberapa dokumen keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengenai pornografi kanak-kanak turut digunakan sebagai prop dalam kempen pengiklanan Musim Bunga/Panas 2023 itu.