#SkinGoals Ini Selebriti Tanpa Secalit Solekan - Glam Malaysia
#SkinGoals Ini Wajah Selebriti Tanpa Secalit Solekan

#SkinGoals Ini Selebriti Tanpa Secalit Solekan

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Trend #SkinGoals sememangnya sentiasa menjadi pilihan ramai. Sedarkah kita, glamor kini bukan sekadar berpandu kepada wajah yang dimekap tebal. Ia juga boleh dinilaikan kemewahannya dalam memanjakan kulit wajah agar kekal sihat dan mulus sepanjang masa. 

Jika dahulu, mungkin susah hendak melihat selebriti kelas pertama tampil tanpa secalit solekan di hadapan khalayak ramai. Takut hilang aura sebagai seorang selebriti, dan tampil tiada beza seperti orang biasa. Kini tidak lagi. #SkinGoals adalah apa yang dikejar wanita hari ini termasuklah para selebriti. 

Kita sebenarnya sudah disedarkan bahawa kepentingan kulit wajah mendahului segala-galanya. Dengan kulit wajah yang mulus juga mampu membuatkan solekan tampil lebih cantik dan tahan lama. Namun, tidak semua daripada kita memiliki kulit wajah yang mulus. Namun, jangan risau. Jangan pernah sekalipun merendah diri dengan kekurangan diri. Harus diingat, bukan semua selebriti memiliki kulit wajah bebas cela. Seperti Kendall Jenner, dia juga memiliki masalah kulit yang ketara. Jeragat pula lain cerita, ramai selebriti hari ini langsung tidak gentar berkongsi apa juga kondisi kulit wajah mereka pada peminat.

See also
ELEMIS London Kini Berada Di Malaysia

Ayuh lihat beberapa selebriti yang kini berani tampil tanpa secalit solekan pada wajahnya di khalayak ramai. Dan apa kata, mulai hari ini, kita tanamkan dalam diri dan berazam setiap hari untuk mencapai #SkinGoals terbaik untuk kulit wajah kita agar tampil lebih sihat.