Bintang Game Of Thrones, Wilko Johnson Meninggal Dunia - Glam Malaysia
Bintang Game Of Thrones, Wilko Johnson Meninggal Dunia

Bintang Game Of Thrones, Wilko Johnson Meninggal Dunia

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Empat hari selepas kematian Jason David Frank yang dikenali menerusi siri popular Power Rangers, peminat dikejutkan pula dengan pemergian Wilko Johnson.

Satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial memaklumkan Wilko meninggal dunia pada hari Isnin, 21 November lalu di kediamannya di tenggara England.

Punca kematian bintang Game Of Thrones dan bekas pemain gitar kumpulan rock 70-an, Dr Feelgood itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Foto: Daily Mail