Palet Wajah Hourglass Untuk Musim Percutian - Glam Malaysia

Palet Wajah Hourglass Untuk Musim Percutian

Wajah tidak lengkap tanpa solekan sempurna. Hourglass memperkenalkan set Holiday Collection.

Siapa yang mahukan wajah suram, tidak bermaya kala meraikan hari paling istimewa! Apa kata anda rias wajah sempena menyambut hari percutian bersama Hourglass. Yang juga memperkenalkan palet eksklusif khas untuk wajah dengan Ambient Lighting Edit Unlocked Elephant dan Ambient Lighting Edit Unlocked Butterfly serta Phantom Volumizing Glossy Balm.

Ambient Lighting Edit Unlocked Butterfly

Hourglass merupakan jenama kecantikan mewah bebas kekejaman haiwan, terkenal dengan inovasi dan komitmennya untuk mencipta semula barisan kosmetik mewah. Dengan gabungan formula dan rekabentuk barangan menjadikan Hourglass sebagai salah satu jenama punya pengikut tersendiri.

Ambient Lighting Edit Unlocked Elephant

Palet wajah ekslusif ini bersama lakaran rupa haiwan adalah sentuhan inspirasi dari Katie Scott, yang juga menampilkan tiga warna yang menyerlahkan wajah anda dengan sempurna. Edisi terhad ini hadir dengan lakaran halus rama-rama dan gajah. Sebanyak enam warna berbeza hadir untuk setiap bekas yang juga menggunakan teknologi Photoluminescent yang akan mencipta kemasan sinar wajah dalam pelbagai dimensi.

See also
Dior Mitzah Himpunkan Solekan Ikonik Pilihan Anya Taylor-Joy

Untuk Phantom Volumizing Glossy Balm Duo hadir dengan formula unik dengan warna dua warna utama Slip dan Rouse 180. Pelembap bibir ini adalah ciptaan hibrid ini buat bibir tampak penuh, mungil dan tebal.

Artikel berkaitan Kulit Wajah Kering? Ini Puncanya!