Ada Apa Dengan Tiffany, Andy dan Hailey? - Glam Malaysia

Ada Apa Dengan Tiffany, Andy dan Hailey?

Tiffany & Co. lancar koleksi khas akhir tahun bersama Andy Warhol!

Ketibaan hujung tahun menandakan musim perayaan bakal menjelma. Apabila berbicara tentang ini, pastinya kita tidak boleh mengenepikan Tiffany & Co. kerana jenama barang kemas terkenal New York ini cukup gah dengan himpunan hujung tahun mereka. Saban tahun ada sahaja koleksi percutian yang dipersembahkan dengan citra indah! Kali ini Tiffany & Co. tidak hadir dengan tangan kosong. Mereka mengabadikan artis seni mendiang Andy Warhol sebagai sumber utama buat kempen musim perayaan Tiffany & Co.

Kempen koleksi dengan Andy Warhol ini dirakam oleh Mario Sorentti dan Hailey Bieber dijemput sebagai muse utama mereka. Bieber bukanlah pertama kali muncul buat Tiffany & Co. kerana dia adalah wajah utama buat jenama barang kemas yang satu ini. Seperti di dalam Factory, lokasi penting Andy Warhol dijelmakan dengan rasa yang cukup girang bersama Bieber sebagai tunjang utama. Tiffany & Co. merakam Hailey Bieber berkongsi rasa indah musim perayaan hujung tahun dengan memberi hadiah kotak biru Tiffany kepada mereka yang hadir ke parti anjurannya.

See also
Tiffany & Co. Semarakkan Lagi Aura Cinta Dengan Kempen #BelieveInLove

Menjenguk pada legasi Tiffany & Co. dengan Andy Warhol, ini bukanlah kali pertama dua jenama besar berkolaborasi. Pada dekad 50-an dan 60-an, Tiffany & Co. pernah menjemput Warhol untuk mereka kad ucapan buat klein mereka. Maka dengan kad inilah dijadikan sumber idea dalam penghasilak kempen akhir tahun Tiffany & Co. dengan Hailey Bieber. Selain itu, turut dilancarkan adalah koleksi Tiffany & Co. x Andy Warhol yang melengkapi keperluan seni dekorasi parti hujung tahun. Ada himpunan pinggan mangkuk serta bola ornamen pokok yang mengabadikan lukisan seni Andy Warhol.

Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Impak Positif Bersama Most GLAM 2022