Use your ← → (arrow) keys to browse
Keluarga Diraja Britain sering memukau dunia dengan kehidupan mewah dan koleksi berlian memukau mata. Bagaimanapun, monarki itu juga mempunyai tradisi dan protokol pelik yang perlu diikuti oleh setiap kerabat.
Sebagai pemerintah, Raja Charles III dikecualikan daripada kebanyakan undang-undang Britain tetapi terdapat juga beberapa peraturan yang perlu dipatuhinya.
Tradisi sama dikenakan terhadap ahli keluarga Diraja yang lain walaupun sesetengah daripada mereka enggan mematuhi undang-undang pelik yang ditetapkan.
Beberapa protokol terkenal termasuk tidak duduk bersilang kaki dan tidak berkongsi pandangan politik, tetapi ada juga peraturan lebih aneh yang melibatkan diet dan fesyen.
Glam kongsikan 10 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh kerabat Diraja Britain.