Sejenak Bersama Adriana Adnan - Glam Malaysia

Sejenak Bersama Adriana Adnan

Pelakon serta pengacara, Adriana Adnan, bukan sahaja ligat di kaca televisyen, malah wanita ini amat aktif mengamalkan gaya hidup sihat.

GLAM mengikuti perkembangan terkini Adriana Adnan yang semakin popular ini. Jarang melihat wanita muda ini duduk diam, ada sahaja aktiviti workout menarik yang dilakukan. Selain itu, GLAM juga sempat bertanyakan rutin cantiknya.

1) Kulit wajah anda sangat mulus. Siapa yang mengajar anda untuk menjaga kulit wajah selama ini?

Terima kasih! Saya banyak belajar daripada ibu. Beliau yang mula memperkenalkan saya dengan produk penjagaan kulit semenjak dari sekolah lagi. Kami juga selalu berkongsi produk kecantikan bersama.

 

2) Pernah mengalami bad skin days

Sudah tentu! Seperti kehidupan, kulit wajah saya juga begitu, ada hari sihat dan tidak sihatnya. Namun, saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang ia sehingga stress. Stress will make it worst. Saya cuba elak daripada melihat wajah di cermin dan kurangkan pengambilan gula.

See also
Emily Ratajkowski Bongkar Hubungan Silam Dengan Jho Low

 

3) Adakah kulit wajah yang sihat mampu menaikkan keyakinan diri?

Semestinya. Sebagai seorang yang berada di hadapan kamera sepanjang masa, saya amat memerlukan asas kulit atau kanvas wajah yang baik sebelum menyarung mekap. Wajah saya adalah perkara pertama yang orang akan lihat. Jadi sememangnya teliti dalam hal penjagaan sebegini.

 

4) Rutin senaman kegemaran?

Pilates dan Muay Thai! Ia beri adrenalin yang saya perlukan serta meningkatkan keyakinan diri juga. Biasanya saya akan melakukan aktiviti ini 5-7 kali seminggu. Jika tidak berkesempatan, saya akan cuba menyelit waktu untuk melakukan senama seperti squats dan push ups di rumah, waktu pagi sebelum ke tempat kerja.

 

5) Mesej untuk mereka yang ingin mula workout?

Perlu ada gol. Cari idola. Seperti contoh, saya mahukan tubuh seperti Kendall Jenner. Jadi saya bekerja keras ke arah gol saya. Jangan terlalu stress, cari workout yang anda akan suka dan enjoy. Cuba juga pelbagai jenis senaman dan daripada situ, anda akan jumpa workout yang anda suka. Juga, pengambilan makanan lebih perlu dititikberatkan daripada senaman. Kamu adalah apa yang kamu makan, jadi carilah keseimbangan. Anda boleh!

Gambar: Instagram Adriana Adnan

Pautan Berkaitan: Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama