Dua Lipa dan Permaisuri Camilla Bertemu di Majlis Booker Prize - Glam Malaysia
Dua Lipa dan Permaisuri Camilla Bertemu di Majlis Booker Prize

Dua Lipa dan Permaisuri Camilla Bertemu di Majlis Booker Prize

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dua figura hebat England akhirnya bertemu di Majlis Booker Prize dan sempat berbual singkat. Ternyata peminat muzik dan kerabat Diraja menjadi terpegun melihat aksi mereka berdua ini.

Baru-baru ini berlangsungnya majilis penuh berprestij, Booker Prize, yang diadakan di London. Dua Lipa hadir sebagai penyampai ucaptama manakala Permaisuri Camilla pula dijemput sebagai penyampai anugerah Booker Prize for Fiction. 

Walaupun sekejap, fotografer sempat merakam aksi kedua-dua wanita hebat ini saat sedang berkomunikasi bersama. Kelihatan kedua-duanya manis, Camilla hadir menggayakan busana gaun renda hitam berlengan panjang hasil rekaan Fiona Clare dan dipadu bersama aksesori mewah seperti anting-anting berlian daripada Van Cleef. Manakala, Dua Lipa pula kelihatan anggun mengenakan gaun off-shoulder daripada Burberry koleksi musim bunga 2023. Lebih cantik, dia memadukan bersama anting-anting Elsa Peretti daripada koleksi Tiffany & Co.