Peraturan Kecantikan Keluarga Diraja Kate Middleton Harus Patuh - Glam Malaysia
Peraturan Kecantikan Keluarga Diraja Kate Middleton Harus Patuh

Peraturan Kecantikan Keluarga Diraja Kate Middleton Harus Patuh

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bukan mudah untuk menjadi kerabat keluarga Diraja, banyak protokol harus dipatuhi termasuklah peraturan dan adab kala bersiap cantik.

Jika dilihat ahli keluarga Diraja serta Puteri Wales, Kate Middleton, sentiasa tampil on point di hadapan rakyat jelata baik melalui persalinan yang digayanya hari-hari atau juga solekan serta gaya tataan rambut sang puteri ini. Pasti pernah anda membayangi Anne Hathaway di dalam Princess Diaries, langsung terdetik, adakah sama apa yang dilalui Kate Middleton sebelum ini? 

Sememangnya betul. Setiap keluarga Diraja punya protokol mereka yang tersendiri, begitu juga dengan kerabat Diraja Britain. Lebih sedekad Kate menjadi ahli rasmi keluarga ini, sesungguhnya dia kini sudah tahu, malah kini lebih Bergaya langsung menjadi idola ramai rakyat jelatanya. 

Antara protokol yang harus Kate patuhi dalam rutin kecantikannya adalah seperti harus menggayakan solekan natural setiap masa. Kemudian, tidak boleh mengenakan gincu bibir serta pewarna kuku terang atau terlalu menyerlah. Manakala, rambut harus sentiasa tampil segar. 

See also
Kejutan Ulang Tahun Kelahiran Daripada Harry & Meghan Markle Buat Kate Middleton