Use your ← → (arrow) keys to browse
Semua butiran tentang kerjasama Louis Vuitton dan Piala Dunia FIFA 2022
Sejak 2010, Louis Vuitton telah bekerjasama dengan Piala Dunia FIFA di mana jenama ini menyediakan bagasi kembara penuh bergaya istimewa untuk menyimpan piala dunia ini. Meneruskan lagi kerjasama mereka, rumah fesyen mewah Perancis ini melancarkan koleksi barangan kulit eksklusif buat Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Mereka kembali untuk tahun ini! Louis Vuitton telah mendedahkan koleksi kapsul eksklusif sepenuhnya untuk kejohanan dunia yang sangat dinanti-nantikan. Koleksi ini menangkap intipati dan keterujaan sukan ini melalui gaya elegan, bentuk yang canggih dan butiran halus.