CARA LOVES KARL: Bila Persahabatan & Fesyen Bergabung

CARA LOVES KARL: Bila Persahabatan & Fesyen Bergabung

Dua nama yang ikonik, Karl Lagerfeld dan Cara Delevingne telah berkolaborasi dalam himpunan fesyen untuk musim ini. Bersifat gender-neutral, menyalurkan gaya rock-chic Karl Lagerfeld, diimbangi dengan identiti cool Cara Delevingne dan etos fesyen semasa. GLAM bersama personaliti fesyen tanah air meraikan kehadiran koleksi ‘CARA LOVES KARL’ dalam satu acara yang istimewa.

Model, pelakon dan personaliti fesyen popular, Cara Delevingne dikenali sebagai teman rapat dan muse fesyen kepada mendiang Karl Lagerfeld. Sejak awal kemunculan Cara dalam fesyen lagi, Karl Lagerfeld diperhatikan sangat akrab dengannya. Keserasian mereka dalam fesyen tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Pernah muncul bersama di pelbagai acara fesyen terkemuka, termasuklah pementasan fesyen Chanel. Dan yang terkini, label Karl Lagerfeld sendiri, menghadirkan himpunan istimewa yang direka dengan kerjasama Cara Delevingne. 

GLAM meraikan kehadiran ‘Cara Loves Karl’ kolaborasi himpunan fesyen Karl Lagerfeld dan Cara Delevingne di acara istimewa.

GLAM meraikan kehadiran ‘Cara Loves Karl’ kolaborasi himpunan fesyen Karl Lagerfeld dan Cara Delevingne di acara istimewa.

GLAM meraikan kehadiran ‘Cara Loves Karl’ kolaborasi himpunan fesyen Karl Lagerfeld dan Cara Delevingne di acara istimewa.

GLAM meraikan kehadiran ‘Cara Loves Karl’ kolaborasi himpunan fesyen Karl Lagerfeld dan Cara Delevingne di acara istimewa.

Terokai koleksi paling ‘up to date’, yang diilhamkan oleh persahabatan dan kasih sayang antara satu sama lain, beberapa rekaan yang utama adalah ragam fungsi dan boleh diubah, mengikut kesesuaian gaya pilihan. Merangkumi saiz, neutral jantina dan dibuat dengan bahan yang lebih mampan.

See also
The Power of Red

Koleksi ini menyemati kesan gaya yang inklusif untuk semua. Karl menyukai ketika kolaborasi bersatu dengan labelnya dan akan membuat terlihat nyata bagi semua.

Koleksi ini mengetengahkan stail ikonik Karl, berpadu stail statement Cara yang kuat. Penampilan yang terperinci, fokus pada gaya jalanan semasa, stail denim beragam dan rekaan ‘mix-and-match’ mengingatkan koleksi unik yang direka dengan mengambil kira semua jantina dan saiz. 

Cara mahu kita cipta aturan gaya sendiri. Usah perlu patuh pada mana-mana aturan gaya, malah mahukan kita bereksperimen. Dari permainan layering, siluet tak terduga, hingga paduan aksesori yang ekstravaganza. Rekaan dan aksesori yang terkandung adalah kebanyakannya bersifat uniseks.

Untuk itu, GLAM bersama KARL LAGERFELD menganjurkan acara istimewa dan julung kalinya di Malaysia, menjemput barisan selebriti dan personaliti fesyen untuk sama-sama mendekati himpunan CARA LOVES KARL. Venice Min, kumpulan Dolla, Ridduan Ismail, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Hael Husaini, Raysha Rizrose, Danielle Sya dan Aniq Suhair antara yang hadir.

Kunjungi butik KARL LAGERFELD di Pavilion KL dan layari www.archiluxury.com untuk membeli koleksi CARA LOVES KARL.

#GLAMMALAYSIA #GLAMXKARLLAGERFELD
#CARALOVESKARL #ArchiLuxuryGroup #KARLLAGERFELD

Artikel berkaitan: Karl Legerfeld 101: 11 Kejutan Karl Lagerfeld di Chanel