Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebagai penyanyi K-Pop, sudah pasti tidak akan lari daripada menjadi duta kolaborasi kepada jenama mewah. Begitu juga dengan BLACKPINK yang kini berkolaborasi dengan pelbagai jenama terkenal seluruh dunia.
Baru beberapa tahun BLACKPINK memulakan kerjaya mereka sebagai penyanyi berkumpulan tetapi wanita-wanita ini sudah pun diiktiraf sebagai kumpulan K-Pop terbesar dunia. Ini menjadikan peluang terbaik buat jenama terkenal untuk berkolaborasi bersama BLACKPINK. Bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi berkumpulan, setiap daripada mereka turut melancarkan kerjaya solo kecuali baik nyanyian mahupun lakonan. Mereka juga mempunyai banyak lagu popular yang menduduki carta tertinggi seperti “Ddu-Du Ddu-Du”. Kejayaan BLACKPINK tidak terhenti di situ. Kehadiran setiap ahli cantik dan manis, Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa, memberi warna pada kolaborasi bersama jenama fesyen di dunia.