Use your ← → (arrow) keys to browse
Dalam konsep cinta dan perhubungan, bermesej atau texting adalah medium yang lazim diguna pakai oleh mana-mana pasangan masa kini agar kita boleh terus berhubung secara ringkas dengan pasangan terutamanya ketika sedang berjauhan.
Dalam situasi sesebuah perhubungan, perempuan akan dilihat sebagai individu yang sering memperbesar masalah manakala lelaki pula menjadi mangsa untuk dipersalahkan hampir dalam setiap perkara. Jadi adalah tugas dan tanggungjawab seorang wanita bagi memahami apa yang lelaki suka dan tidak suka. Hmm… bunyi macam berat sebelah kan? Namun itulah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Hari ini, GLAM kongsikan tip perkara perlu elak bila bermesej dengan lelaki. Ini membatu anda menjaga bahasa dan memperbaiki cara anda saat bermesej dengan pasangan.