Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022 - Glam Malaysia
bottega veneta winter 2022

Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022

Matthieu Blazy hadir ke Bottega Veneta dengan membawa aliran kreatif baharu dan mempersembahkan koleksi Winter 2022 bersama pilihan aksesori yang moden!

Adalah sangat penting buat pengarah kreatif baharu meletakkan koleksi aksesori utama mereka. Kerana ia adalah penentu arah kejayaan. Maka, Matthieu Blazy bijak memberikan yang terbaik buat koleksi perdananya selaku Pengarah Kreatif Bottega Veneta. Dia yang sudah punya resume hebat, tidak kalah dalam menghasilkan aksesori yang mengancam. Ini adalah tiga objek yang menjadi Obsesi GLAM sekarang!

OBSESI GLAM DI BOTTEGA VENETA

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

KALIMERO

It-Bag terbaru di Bottega Veneta adalah Kalimero yang debutnya ketika koleksi perdana Matthieu Blazy dipertontonkan di himpunan Bottega Veneta Winter 2022. Beg ini adalah satu objek yang memperlihatkan kehebatan dan kerumitan teknik Intrecciato, yang cukup ikonik di Bottega Veneta. Sepanjang 55 meter material kulit Paper Calf digunakan bagi menyiapkan satu beg Kalimero dan uniknya ia dijalin menggunakan tangan tanpa sebarang jahitan. Beg Kalimero yang direka seakan beg bucket ini boleh digayakan pelbagai cara, seperti silangkan pada bahu atau jinjit sahaja menggunakan tali yang panjang itu.

See also
GLAM STAIL: GLAM Club!