Use your ← → (arrow) keys to browse
Kebijaksanaan memilih pasangan hidup adalah sesuatu yang penting sebelum menempuh gerbang perkahwinan. Mana tidaknya, pasangan itulah yang akan bersama anda sepanjang hidup. Setuju?
Memilih kriteria pasangan hidup merupakan salah satu perkara paling penting bagi setiap individu. Jika anda berhasil bertemu dengan pasangan yang tepat, kehidupan seterusnya akan dilimpahi kebahagiaan yang tiada tandingan. Jadi, sebelum menentukan untuk ke peringkat yang lebih serius, anda harus memastikan dia adalah pasangan yang hebat dan berperwatakkan baik agar anda berdua memiliki peribadi yang lebih baik kala bersama.